Aku dilahirkan di Melaka pada tahun 1964, semasa dilahirkan aku sama seperti orang lain, tetapi setelah berumur 1 tahun aku diserang deman panas. Oleh kerana beberapa hari tidak sembuh, keluarga ku membawa aku ke Hospital Besar Melaka. Disana aku dimasukkan kedalam wad dan ditahan beberapa hari..
Setelah beberapa lama akhirnya aku dibenarkan keluar.Menurut keluarga ku setelah berada dirumah aku sudah tidak mahu berjalan seperti biasa. Mensyaki sesuatu, aku sekali lagi dibawa ke hospital untuk menjalankan pemeriksaan. Pihak doktor mengesahkan aku menghidap POLIO. Kaki sebelah kiri aku telah lumpuh sama sekali.Mulai dari hari itu aku tergolong sebagai OKU.
Sebagai OKU hidup ku terbatas, TIDAK dapat berlari disana sini ditepi laut. Tidak dapat kesawah untuk menangkap ikan puyu. TIDAK dapat berbasikal keliling kampong.TIDAK dapat panjat pokok untuk mengambil buah-buahan. Aku hanya menunggu kawan kawan ku dibawah poko sena.