Terima kasih bagi yang pihak perseorangan,badan swasta dan kerajaan yang menghulurkan derma kepada yang memerlukan terutama di bulan ramadan. Bagi yang menerima amat gembira kerana dapat merasa kegembiraan menyambut Hari Raya Aidil Fitri.Semoga derma yang diberi diberkati Allah.
Walau bagaimanapun kita selalu terbaca majlis tersebut diadakan di hotel-hotel hebat. Sebenarnya siapa yang dapat banyak keuntungan dari majlis tersebut. Pihak hotel yang banyak dapat keuntungan. Bayangkan kalau majlis berbuka puasa, bayarannya paling kurang RM60.00 seorang. Kalau tetamu yang ada 100 orang sudah RM60 000-00 untuk bayaran makan saja. Ini belum ditambah dengan bayaran artis-artis lagi.Akhirnya peruntukan RM100 000-00 yang ada cuma RM20 - RM30 saja untuk didermakan kepada yang memerlukan.
Alangkan lebih baik RM100 000-00 diberikan terus kepada penerima derma,
tanpa diadakan majlis di hotel-hotel.
Ini cuma pandangan peribadi.
Monday, September 20, 2010
Sunday, September 19, 2010
DAPATKAH OKU MENJALANI HIDUP SEPERTI INSAN SEMPURNA DI NEGARA INI
PETIKAN DARI UTUSAN MALAYSIA
Dalam sebuah rancangan televisyen, telah dipaparkan kehidupan seorang wanita OKU di Amerika Syarikat yang dilahirkan tanpa tangan. Namun, beliau hidup bebas seperti ahli masyarakat yang lain. Keretanya diubahsuai sehingga beliau boleh memandu (kakinya yang mengawal steering); digambarkan juga bagaimana beliau menggunakan perkhidmatan pandu masuk (drive thru') di salah sebuah restoran makanan segera; malah digambarkan juga bahawa beliau telahpun berkahwin dan melahirkan anak. Yang lebih mengharukan, turut dipaparkan bagaimana beliau menukar sendiri lampin anaknya dengan menggunakan kaki tanpa mengalami apa-apa kesukaran. Kata beliau, "Saya gunakan kaki untuk buat semua benda yang orang biasa buat dengan tangan". Namun itu tidak menjejaskan peluangnya untuk hidup seperti orang biasa.
Beberapa tahun lalu, penulis berkesempatan untuk menghadiri satu konvensyen antarabangsa di Kuala Lumpur yang mengundang orang-orang yang berjaya dari seluruh dunia untuk memberi galakan (motivasi) kepada para peserta. Salah seorang penceramah yang memberikan galakan kepada ratusan peserta pada hari tersebut ialah seorang yang tiada tangan dan kaki dari Amerika Syarikat. Hakikat bahawa beliau yang lahir tanpa tangan dan kaki tetapi masih boleh menjadi penceramah untuk berceramah di merata dunia menunjukkan betapa kecacatannya itu tidak menghalang beliau untuk berjaya. Ia juga secara tidak langsung menunjukkan bahawa masyarakatnya dan kemudahan-kemudahan dalam masyarakatnya juga tidak pernah menghalangnya untuk melalui hidup ini sama seperti insan sempurna anggota yang lain.
Keprihatinan masyarakat Amerika Syarikat untuk memberikan peluang yang sama kepada rakyatnya yang kurang bernasib baik jelas terpancar dalam laporan seorang wartawan tempatan yang berkesempatan mengunjungi Disneyland baru-baru ini. Menurut wartawan tersebut, taman tema itu amat mesra OKU. Bukan sahaja disediakan kerusi roda elektronik untuk memudahkan perjalanan golongan ini, tetapi jalan, tandas, restoran, permainan dan tempat istirehatnya amat mementingkan ciri-ciri keselamatan untuk OKU. Dalam kata-kata lain, golongan OKU boleh sahaja berseronok di Disneyland tanpa dihalang oleh kecacatan mereka kerana pengurusan taman tema itu telah mengambilkira keperluan golongan tersebut dan menyediakan segala kemudahan yang perlu untuk mereka berseronok sama seperti pengunjung yang lain.
Bayangkan kalau kita tergolong sebagai OKU di Malaysia. Atau, bayangkan kalau anak kita adalah seorang OKU di Malaysia. Dapatkah kita atau anak kita itu menjalani hidup seperti orang yang sempurna anggotanya?
Baru-baru ini sebuah akhbar melaporkan bahawa lebih dari 70 peratus bangunan di negara ini belum memenuhi peraturan-peraturan bangunan yang memerlukannya diubahsuai agar menjadi lebih mesra OKU. Pihak penguatkuasa pula dikatakan tidak menjalankan tugas untuk memastikan peraturan ini dipatuhi. Malah, dilaporkan juga bahawa tiada peruntukan dalam peraturan tersebut yang membolehkan mereka yang tidak mematuhinya dikenakan tindakan.
Di sektor pekerjaan pula, dari 173, 192 orang OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), hanya 5,700 orang (4 peratus) yang diambil bekerja. Maka, tidak hairanlah ketika sambutan Hari Pekerja baru-baru ini, Y.A.B. Perdana Menteri mengingatkan para majikan untuk mengambil pekerja OKU, khususnya mereka yang hilang upaya akibat kemalangan di tempat kerja.
Namun, memastikan OKU menjalani hidup sama seperti orang sempurna anggota yang lain bukanlah tanggungjawab kerajaan semata-mata. Ia juga bermula di rumah dengan ibu bapa dahulu membantu dan memberikan peluang untuk anak-anak OKU menjalani kehidupan yang serba biasa. Mengurung anak di rumah atau menganggap tiada apa boleh dilakukan untuk merawat anak tersebut hanya akan memburukkan keadaan. Sebaliknya, jika ibu bapa membantu anak tadi untuk mendapatkan kehidupan yang serba biasa mungkin, insya'Allah, anak tersebut tidak akan terpinggir. Ini boleh dimulakan dengan mendaftar anak-anak OKU di JKM dan mengambil segala manfaat yang ada.
Satu berita baik untuk OKU di Kuala Lumpur ini ialah, bermula bulan hadapan RapidKL akan memperkenalkan bas-bas baru yang lebih mesra OKU. Sementara usaha RapidKL ini amat kita hargai, namun, memberikan perkhidmatan yang mesra OKU ini bukan terhad kepada kemudahan jasmaninya sahaja - bas serta hentian bas yang mesra OKU sahaja. Apa yang tidak kurang pentingnya ialah pemandu-pemandu yang mesra OKU yang dengan ikhlas mahu menolong dan memudahkan golongan ini.
Bagi penulis, sikap mahu "menolong dan memudahkan" OKU adalah asas kepada kehidupan yang lebih selesa untuk OKU di negara ini. Jika semua pihak ada sikap mahu menolong dan memudahkan golongan OKU ini, semua pihak akan melaksanakan tanggungjawab mereka dengan sebaik mungkin. Bagi umat Islam, hadis berikut yang diriwayatkan oleh Muslim, perlu dijadikan pendorong untuk kita membuat lebih lagi untuk golongan ini, "Sesiapa yang melepaskan satu kesulitan seorang mukmin di dunia, Allah lepaskannya dari satu kesulitan pada Hari Qiamat. Sesiapa yang memudahkan orang yang susah, Allah memudahkannya di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup keaiban seorang Muslim, Allah tutup keaibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa menolong hambaNya yang sentiasa menolong saudaranya. "
Semoga semua OKU di Malaysia menikmati kemanisan ajaran Islam ini di Malaysia, bumi kita yang tersayang.

HAK OKU DIRAMPAS
Tempat letak kereta, tandas disalah guna pihak yang pentingkan diri sendiri
Pelbagai kemudahan di sediakan pihak berkuasa untuk golongan OKU bagi menjamin keselesaan mereka tetapi masih ada segelintir masyarakat yang tidak prihatin terhadap penggunaannya dan pentingkan diri sendiri. Tidak menghormati hak orng lain.
Malah orang ramai dilihat tidak segan silu mengambil kesempatan menggunakan kemudahan itu terutama tempat letak kereta , tandas dan tempat duduk dalam kenderaan awam.
Orang ramai paling kerap menyalahgunakan kemudahan tempat letak kerata OKU tanpa mempedulikan kesannya kepada golongan OKU. Apa yang penting bagi mereka adalah lokasi yang ingin dituju dekat dengan tempat letak kereta sedangkan kemudahan itu khas kepada OKU saja. Jelas terpampang tanda OKU pada semua kemudahan khas yang disediakan bagi pergerakan mereka. terutama di tempat awam. Orang ramai harus memikirkan kepayahan yang dialami golongan ini jika mereka menafikan hak mereka untuk menggunakan kemudahan yang disediakan oleh pihak berkuasa
Ada juga masyarakat tidak takut terhadap penguatkuasaan yang dijalankan kerana kononnya mereka mampu membayar denda dan tidak kisah jika disaman berkali-kali atas kesalahan yang sama.Denda yang maksimum patut dikenakan atas mereka
Pada pengalaman, kesalahan ini bukan saja dilakukan oleh orang awam tetapi dilakukan oleh yang berpendidikan tinggi, ahli politik dan ahli perniagaan. Pernah satu hari ternampak sebuah kereta mewah yang menggunakan logo Ahli Parlimen meletak keretanya di tempat letak kereta OKU. Ada juga kereta logo kerajaan dan Bar Council menggunakan menggunakan kemudahn letak kereta untuk OKU.
ADAKAH MEREKA TIDAK FAHAM ATAU TIDAK NAMPAK? BUKAN TETAPI MEREKA TIDAK MENGHORMATI ORANG LAIN
Kemudahan tandas OKU juga sering menjadi sasaran terutama di pusat membeli belah atau tempat awan yang lain. Kadang kala kemudahan ini terpaksa dikunci untuk mengelak disalahgunakan oleh pihak tertentu. Ini akan menyusahkan OKU apabila hendak menggunakannya.
Tempat duduk didalam kenderaan awan juga disalahgunakan. OKU terpaksa mencari tempat duduk lain atau berdiri.
Bayangkan jika tempat letak kereta yang telah di tempah (reserved) digunakan oleh orang lain, tandas ditempat anda digunakan sewenang-wenangnya dan nombor tempat duduk anda diambil oleh orang lain .Pasti anda akan marah. Samalah juga jika kemudahan untuk OKU digunakan oleh orang lain, mereka juga ada hak. HORMATI LAH HAK ORANG LAIN
Thursday, September 16, 2010
ADAKAH KERAJAAN SERIUS TERHADAP KEPERLUAN OKU?
OKU di negara ini seolah - olah tidak dihormati oleh orang ramai. Kemudahan OKU sering tidak menjadi keutamaan dalm dasar kerajaan. Ini menyebabkan kehidupan OKU semakin sengsara. Bagi OKU kerajaan tidak begitu berminat ke arah perubahan tersebut
Tiada usaha yang benar-benar untuk meningkatkan kemudahan untuk OKU. Jika dilihat kepada kemudahan asas seperti sekolah, hospital atau klinik, bangunan kerajaan, tempat beribadat, pusat membeli belah dan lain-lain kemudahan awam, tempat yang sepatutnya menyediakan ruang yang cukup untuk pergerakan OKU, tetapi tidak dlaksanakan. Banyak tempat termasuk bangunan kerajaan tidak dilengkapi dengan kemudahn mesra OKU. Kemudahan yang dilabelkankan untuk OKU sepatutnya selaras dengan keperluan OKU. Namun begitu di Malaysia sebarang reka bentuk adalah untuk kepentingan dan kegunaan pemilik bangunan sahaja. Ketidakcapaian kepada persekitaran dan keperluan yang mesra OKU ini menunjukkan ketidakupayaan kerajaan untuk memenuhi keperluan OKU. Akta atau Undang-Undang yang sedia ada cuma untuk rekod.
Kerajaan perlu memandang serius terhadap keperluan OKU agar golongan OKU dapat diterima dalam masyarakat dan kauliti hidup dapat dipertingkatkan.
PENGALAMAN OKU MELANCUNG DI KUALA LUMPUR.
Aku selalu ke Kuala Lumpur atas urusan kerja, tetapi tidak pernah melancung sekitar Kuala Lumpur. Kalau hendak berjalan jauh atau lama aku terpaksa menggunakan kerusi roda. Pada cuti sekolah lalu aku membawa keluarga ke Kuala Lumpur dan Melaka untuk melancung, oleh itu aku terpaksa membawa kerusi roda bersama. Semasa di Terminal 2 Kota Kinabalu aku dikenakan bayaran untuk perkhimatan kerusi roda, bayaran nya adalah RM12-00 untuk perkhimatan sejauh lebih kurang 100 meter saja. Harga macam naik limusin mewah sedangkan kerusi roda tayar pun tak betul. Terpaksa juga aku bayar kerana masa itu hujan lebat. Semasa di LCCT dikenakan lagi bayaran RM12-00 lagi untuk jarak tak sampai 200 meter. Bayangkan OKU dikenakan bayaran RM24-00 untuk jarak tak sampai 300 meter.Kalau naik teksi berapa jauh boleh pergi dan berapa banyak boleh makan. Kesihan duit OKU orang kaya ambil
Dari LCCT ke Kuala Lumpur aku mengambil teksi. Rupa-rupanya banyak teksi disana menggunakan gas jadi kerusi roda tak boleh muat, terpaksalah ambil satu teksi tambahan. Aku dan kerusi roda satu teksi manakala keluarga satu teksi lain. Di hotel tiada kemudahan OKU juga, mungkin tidak ramai OKU yang mampu tinggal dihotel agaknya. Bagi ku di KL langsung tiada kemudahan untuk OKU,.ruang pejalan kaki tak sesuai, tempat letak kereta tiada dan kemudahan awan tidak boleh digunakan. Tempat-tempat menarik dan penting malah Hospital Putrajaya pun tidak dilengkapi dengan kemudahan OKU. Di Bandar Melaka juga tiada kemudahan OKU.
Setelah dikira semula banyak juga tambahan kewangan diperlukan jika OKU berada di bandar.
Nampaknya OKU tidak boleh hidup dan tinggal dibandar besar namun tiada siapa yang ambil berat.

DISABLED-FRIENDLY TOWN - STAR 17 AUGUST 2010
Aku terbaca artikel ini dalam akbar STAR muka M 2 bertarikh 17 Ogos 2010.Terperanjat juga membaca artikel ini, pada pengetahuan aku tiada kemudahan untuk OKU di Kota Kinabalu. Kalau ada pun hanya sekitar bangunan DBKK saja. Tempat letak kereta untuk OKU hanya dalam premise DBKK saja. Itu pun tidak dapat digunakan hanya untuk perhiasan saja. Pernah sekali berurusan di DBKK tetapi kereta OKU tidak dibenarkan masuk kedalam kawasan DBKK. Apa gunanya petak untuk OKU yang cantik dibuat tapi
tak boleh digunakan. Berkenaan dengan kemudahan untuk OKU di tempat lain, aku tidak nampak banyak yang ada di Kota Kinabalu. Kalau ada tempat letak kereta pun hanya nampak di One Borneo dan City Mall saja. Tempat letak kereta awan langsung tak ada di Kota Kinabalu. Jika OKU hendak letak kereta di tempat khas samada di hotel atau pusat membeli belah pasti tidak dibenarkan. Di hotel hanya untuk VIP saja, di pusat beli belah ditutup dengan rantai. Bagi kemudahan lain seperti ruang pejalan kaki langsung tak ada, melainkan disekitar bangunan DBKK saja. Dalam artikel tersebut juga menyatakan banyak hotel ada menyediakan kemudahan bagi OKU. Tetapi bagi aku langsung tak ada, kalau ada jalan untuk kerusi roda itu sebenarnya untuk laluan mengangkat barang-barang penginap hotel bukan untuk OKU. Malah banyak hotel walaupun baru dibuat atau dibaikpulih tiada kemudahan sepenuhnya untuk OKU.
Kenyataan yang menyatakan kemudahan untuk OKU di Kota Kinabalu akan dipertingkatkan telah lama diperkatakan oleh DBKK tapi tiada tindakan diambil, hanya cakap-cakap kosong saja.
JEMPUTAN DAILOG BERSAMA MENTERI
Semasa menjadi Bendahari PBOOIL aku pernah dijemput untuk menghadiri suatu majlis dialog bersama menteri yang menjaga hal ehwal OKU. Aku diberitahu ini adalah kali pertama pihak menteri memanggil kesemua badan kebajikan yang berkaitan dengan OKU dari seluruh negara. Aku begitu bersemangat dan berbagai isu dan masalah dibawa oleh AJK persatuan. Pada hari yang ditetapkan aku ke Kuala Lumpur, majlis tersebut akan diadakan di sebuah hospital swasta di Selangor. Mungkin hospital tersebut berada di kawasan Parlimen menteri tersebut. Menurut jadual majlis akan diadakan pada pukul 2 petang. Awal-awal lagi aku telah tiba disana, maklumlah dengan menteri masa kena tepat. Lagi pun aku mengambil teksi dari KLIA terus ke hospital tersebut. Semasa sampai ramai juga yang telah tiba, ada dari Sabah, Sarawak Penang, Kedah dan lain-lain negeri. Nampaknya begitu bersemangat semua yang hadir, banyak cerita yang akan dibawa. Bila tiba masanya menteri pun tiba bersama beberapa pegawai tinggi yang lain. Selepas beberapa ucapan majlis dialog pun bermula. Awal-awal lagi diberitahu bahwa menteri ada hal penting selepas ini dan masa adalah terhad. Peserta pertama adalah seorang yang dipanggil Datin yang mengutara beberapa isu dan masalah. Lama juga perbincangan bersama Datin tersebut. Selepas itu kami diberitahu bahwa masa ada lebih kurang 45 minit saja dan hanya beberapa wakli saja lagi yang beri peluang bercakap. Betapa kecewa ramai yang hadir kerana tidak diberi peluang untuk menyatakan masalah dan pandangan mereka. Akhirny pada pukul 4 majlis ditamatkan dan wakil - wakil yang lain diminta menghantar masalah dan pandangan mereka terus ke pejabat menteri.
Kesemua wakil yang hadir bukan saja kecewa tidak dapat berdailog dengan menteri tetapi terasa di perbudak-budakkan oleh pihak berkenaan. Ada wakil yang berada lebih dari 5 jam dalam perjalanan, bagi dari Malaysia Timor banyak wang dan masa dihabiskan. Tapi hanya dapat melihat wajah menteri dan pegawai-pegawainya saja.'HABUK PUN TAK DAPAT'
Wednesday, September 15, 2010
KEISTIMEWAAN DAN KEMUDAHAN OKU BERDAFTAR
KEISTIMEWAAN DAN KEMUDAHAN
- Kemudahan Pendidikan
Kementerian Pendidikan di bawah Jabatan Pendidikan Khas menyediakan kelas khas kepada kanak-kanak cacat pengelihatan, pendengaran dan bermasalah pembelajaran. Program pendidikan dijalankan di sekolah khas pendidikan dan melalui program integrated di sekolah biasa. Kerajaan juga mengecualikan bayaran pendaftaran kemasukan pelajar-pelajar kurang upaya pendengaran yang mengikuti latihan kemahiran di institusi-institusi pengajian di bawah kelolaan Kementerian pendidikan. Bagi Pelajar yang berjaya mereka akan mendapat elaun bulanan sebanyak RM300.00 sebulan.
- Kemudahan Di Dalam Aktiviti Harian
Dalam hubungan ini Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengambil inisiatif dan memainkan peranan dalam menggalakkan berbagai kemudahan di wujudkan bagi membolehkan mereka yang kurang upaya bergerak bebas. Satu daripada pencapaian ini ialah penubuhan Jawatankuasa Teknikal yang Urusetianya ialah SIRIM telah merangka “ Kod Amalan Akses Bagi Orang Kurang Upaya Ke bangunan Awam” yang mana telah menghasilkan pindaan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 berkaitan dengan kehendak-kehendak bangunan untuk orang kurang upaya di mana bangunan baru diwajibkan mempunyai kemudahan akses kepada orang kurang upaya. Antaranya termasuklah “ram” dan “railings”, laluan yang bersesuaian dengan kerusi roda, lif khas dengan reka bentuk yang sesuai, tempat letak kereta, tandas khas dan sebagainya.
- Kemudahan Dan Galakan Pelepasan Cukai
Kerajaan juga memperluaskan potongan cukai berganda dalam tahun 1981 kepada majikan-majikan mengambil pekerja kurang upaya dan dalam tahun 1991. Kerajaan pula menambahkan bagi pelepasan pengecualian cukai bagi ibubapa yang mempunyai anak kurang upaya di bawah umur 18 tahun. Kerajaan juga memberi ribet cukai kepada pembayar cukai bagi membeli alat-alat khas bagi kegunaan sendiri atau kegunaan anak dan ibubapa yang kurang upaya.
Sebagai galakan berterusan bagi memelihara orang kurang upaya dan sebagai pelepasan tambahan kepada potongan diri RM5,000 dan potongan untuk isteri RM3,000, Kerajaan telah meluluskan pelepasan tambahan sebanyak RM5,000 diberi kepada pembayar cukai yang kurang upaya dan sebanyak RM2,500 lagi kepada pasangan yang kurang upaya mulai tahun 1995.
- Kemudahan Pengangkutan Awam
Jabatan sentiasa menggalakkan syarikat-syarikat pengangkutan supaya memberi tambang konsesi kepada orang kurang upaya. Sehingga kini terdapat beberapa buah syarikat pengangkutan telah memberi insentif pengangkutan kepada golongan kurang upaya. Antaranya Sistem Penerbangan Malaysia memberi tambang murah sehingga 50% bagi penerbangan dalam negeri, Keretapi Tanah Melayu memberi tambang konsesi sehingga 50% bagi semua perjalanan bagi semua kelas, Syarikat bas TRANSNASIONAL memberi konsesi 50% daripada harga tambang dan PUTRA-LRT juga telah memberi konsesi tambang kepada golongan kurang upaya.
- Kemudahan Perumahan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga menyediakan kemudahan-kemudahan kepada orang kurang upaya bagi menyewa rumah-rumah kos rendah atau rumah pangsa DBKL dengan memberi pengurangan kadar sewa kepada orang kurang upaya.
- Pengecualian Bayaran Rawatan Perubatan
Orang kurang upaya dikecualikan daripada bayaran rawatan di Hospital Kerajaan sahaja, tidak termasuk hospital Universiti . Insitusi tidak termasuk bayaran wad kelas tiga, bayaran pakar dan ubat-ubatan.
- Pengecualian Bayaran Dokumen Perjalanan
Jabatan Imigresen mengecualikan bayaran ke atas perkhidmatan menyedia dan memproses dokumen perjalanan (passport Antarabangsa) kepada golongan kurang upaya.
- Kemudahan Peluang Pekerjaan
Komitmen kerajaan untuk membuka peluang pekerjaan kepada golongan kurang upaya terbukti melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10/1988 yang telah dikeluarkan dimana kouta 1% peluang pekerjaan di sektor awam diperuntukkan kepada golongan orang kurang upaya. Bagi Sektor Swasta, Jawatankuasa Penggalakan Pengajian Orang Cacat Di Sektor Swasta telah ditubuhkan dalam tahun 1990 di bawah Jabatan Buroh Semenanjung Malaysia telah mewujudkan Kod Amalan Penggajian Orang Kurang Upaya di Sektor Swasta yang merupakan suatu garis panduan kepada agensi kerajaan, majikan, pertubuhan majikan, pekerja, kesatuan sekerja dan pertubuhan orang kurang upaya serta orang kurang kurang upaya sendiri untuk pendaftaran dan penempatan kerja orang kurang upaya bekerja di sektor swasta. (Bagi orang kurang upaya, mereka boleh membuat pendaftaran dimana-mana pejabat buruh di negeri dan daerah ).
- Pengecualian 50% Duti Eksais Ke Atas Kereta/Motosikal Nasional Bagi Golongan Orang Cacat Anggota
Orang cacat anggota yang ingin mendapatkan pengecualian 50% duti eksais ke atas kereta/motosikal nasional yang akan dibeli, bolehlah membuat PERMOHONAN SECARA BERTULIS kepada:
- Salinan sijil pendaftaran dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat menunjukkan cacat anggota (muka depan dan belakang)
- Laporan Perubatan mengenai keadaan kecacatan anggota yang bagaimana yang dialami oleh pemohon dan sejak bila ia mendapat kecacatan berkenaan dan sertakan surat pengesahan doktor
- Salinan kad pengenalan (muka depan dan belakang)
- Salinan lesen memandu yang sah
- Maklumat kenderaan yang akan dibeli:
- Jenis/Model kenderaan
- No. enjin
- No. chassis
- Di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) manakah kenderaan itu hendak didaftarkan
- Kenderaan tidak boleh dijual atau ditukarmilik sehingga tamat tempoh 10 tahun kecuali dengan kebenaran Perbendaharaan
- Pengecualian hanya dibenarkan untuk sebuah kenderaan bagi setiap 10 tahun
- Kenderaan yang hendak dibeli itu adalah kenderaan nasional dan ditempah dari stok yang belum dibayar cukai
- Kemudahan Alat Ganti Orang Kurang Upaya.
Kerajaan memberi pengecualian duti impot dan cukai jualan ke atas semua peralatan direka khas untuk kegunaan orang kurang upaya.
- Pencen Terbitan
Kerajaan melalui JPA menyediakan pencen terbitan seumur hidup kepada anak/tanggungan penjawat awam yang meninggal dunia.
- Kemudahan Mendapat Latihan dan Pemulihan
Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan program latihan kepada kanak-kanak kurang upaya dengan menyediakan program latihan kemahiran dan pemulihan diri di Institusi-institusi Jabatan. Buat masa ini perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan ini kepada kategori kurang upaya anggota dan akal (bermasalah pembelajaran) sahaja.
- Kemudahan Telekom
Syarikat Telekom Malaysia telah menyediakan insentif/kemudahan kepada golongan orang kurang upaya seperti berikut:
- Bayaran Sewa bulanan di kecualikan kepada golongan kurang upaya.
- Panggilan 103 (operator) tidak dikenakan sebarang caj
- Menyediakan panggilan menunggu atau panggilan pindahan secara percuma.
- Bagi orang kurang upaya berumur 19 tahun dan ke atas mereka layak memohon menggunakan maklumat sendiri dan bagi mereka berumur 18 tahun dan ke bawah mereka juga boleh memohon perkhidmatan bagi pihak keluarga mengikut syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak STMB
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Bahagian Analisis Cukai Tingkat 6 & 7, Blok Tengah Kompleks Kementerian Kewangan Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62592 Putrajaya
Kemukakan bersama dokumen berikut:Syarat-Syarat Lain
PENDAFTARAN OKU
PENDAFTARAN OKU
Bagi setiap golongan orang kurang upaya yang ingin menikmati insentif dan kemudahan-kemudahan yang telah disediakan samasa oleh agensi kerajaan atau swasta. Syarat utama mereka mestilah mempunyai KAD KENAL DIRI ORANG KURANG UPAYA sebagai satu perakuan yang sah bahawa mereka adalah kurang upaya.
Kad Kenal Diri Orang Kurang Upaya hanya boleh dibuat di Jabatan Kebajikan Masyarakat di negeri-negeri dan daerah tempat tinggal orang kurang upaya tersebut.
Pendaftaran Orang Kurang Upaya
Membantu memulihkan dan mempertingkatkan kualiti dan taraf hidup orang kurang upaya supaya mereka dapat hidup berdikari dengan memberi pemulihan dan latihan kemahiran yang sesuai.
Perkhidmatan di Institusi

Pendaftaran orang kurang upaya (OKU) dibuat secara sukarela di seluruh negara. Ianya dijalankan oleh Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Pendaftaran OKU boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri dan Ibu Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.Bantuan Alat Tiruan
Objektif Pendaftaran :-
Syarat-syarat Pendaftaran :-
- Untuk mengetahui bilangan sebenar dan taburan OKU di negara ini.
- Untuk merancang kesesuaian program-program latihan, pendidikan dan pemulihan bagi golongan kurang upaya.
- Untuk menyediakan kemudahan-kemudahan yang bertepatan dengan keperluan OKU.
- Untuk mengenalpasti OKU mengikut jenis-jenis kecacatan.
- Orang Kurang Upaya warganegara Malaysia
- Telah disahkan/diperakui oleh Pegawai/Pakar Perubatan hospital kerajaan
- Menggunakan borang pendaftaran yang boleh didapati di mana-mana Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Pejabat Kebajikan Masyarakat iaitu mengikut kategori umur iaitu bawah 18 dan atas 18 tahun.
- Pendaftaran dijalankan di Pejabat Kebajikan Daerah/Jajahan/Negeri Orang Kurang Upaya bermastautin
Alat-alat tiruan seperti anggota tiruan, tongkat, kalipers, kerusi roda, alat pendengaran, cermin mata khas dan alat-alat lain diberi supaya orang kurang upaya yang miskin dan berkeperluan dapat bergerak serta memudahkan mereka mendapat pekerjaan.PERKHIDMATAN DI DALAM INSTITUSI
Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan (BAT/S)
Elaun Pekerja Cacat (EPC)
- Bantuan ini bertujuan membantu orang kurang upaya yang tidak berkemampuan untuk membeli seperti kaki palsu, tangan palsu, kaliper, tongkat tangan/ketiak, kerusi roda. alat pendengaran, cermin mata khas, kasut khas dan lain-lain peralatan yang disyorkan oleh doktor atau pakar perubatan.
- Bagi menimbang permohonan, faktor berikut diambil kira:-
- OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat
- Disyorkan oleh doktor atau pakar perubatan; dan
- Mereka yang tidak mampu untuk membekalkan sendiri alat tiruan / alat sokongan yang diperlukan.
Elaun insentif kepada orang kurang upaya yang berkerja dan berpendapatan kurang daripada RM 1200.00 sebulan bagi individu. Ini adalah untuk menggalakkan mereka berminat untuk bekerja.
Skim ini juga bertujuan menggalakkan Orang Kurang Upaya terus berdikari tanpa bergantung kepada ahli keluarga atau orang lain. Skim ini mempunyai beberapa tujuan:
Kelayakan :-
- Sebagai penyenggaraan pendapatan (income maintenance) untuk memenuhi keperluan asas kehidupan Orang Kurang Upaya (OKU)
- Sebagai insentif untuk menggalakkan OKU bekerja, hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif
- Untuk meningkatkan taraf hidup OKU di dalam masyarakat.
Bantuan OKU Tidak Bekerja ( BTB )
- Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai Orang Kurang Upaya
- Bekerja sendiri atau dengan majikan
- Pendapatan bulanan pemohon tidak melebihi RM1,200 sebulan tidak termasuk pendapatan keluarga
- Berumur 18 tahun ke atas
- Tidak tinggal di institusi yang telah disediakan kemudahan tempat tinggal, makan/minum dan pakaian percuma.
Bagi OKU yang tidak mampu bekerja kerana masalah kecacatan yang dialami dengan mendapat pengesahan daripada Pegawai Perubatan hospital/klinik kerajaan.
Skim ini bertujuan untuk membantu menyara kehidupan golongan OKU yang tidak berupaya untuk bekerja. Skim ini juga akan dapat mempertingkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan golongan OKU khususnya yang tidak berupaya bekerja dan mengelak atau mengurangkan kemasukan kumpulan sasar yang berkenaan ke Institusi Kebajikan. Kadar bantuan ini adalah sebanyak RM150 sebulan dan tempoh kaji semula adalah selama 12 bulan.
Kelayakan:-
Perkhidmatan Kaunseling dan Khidmat nasihat
- Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
- Sumber pendapatan individu tidak melebihi PGK semasa. Sumber pendapatan adalah merujuk kepada semua sumber pendapatan yang diterima oleh individu termasuk Pencen Ilat, pencen terbitan, pencen bulanan, PERKESO, bantuan bulanan, insurans dan lain-lain
- OKU berdaftar dengan JKM
- Disahkan oleh pegawai perubatan bagi kes-kes yang meragukan
- Berumur antara 18-59 tahun
- Bukan penerima skim Bantuan Bulanan JKM sedia ada
- Bukan peserta Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) kelolaan JKM dan program penjagaan / pemulihan kelolaan agensi Kerajaan dan NGO Kebajikan
- Bagi keluarga yang menerima bantuan bulanan termasuk Bantuan Penjagaan OKU Terlantar (BPT) yang berpendapatan di bawah PGK semasa, bantuan ini boleh dipertimbangkan kepada pemohon.
Bagi orang kurang upaya atau keluarga mereka yang menghadapi masalah dari segi emosi , keyakinan diri dan sebagainya atau memerlukan maklumat berkaitan jenis-jenis perkhidmatan yang diperlukan, bolehlah mendapatkan khidmat tersebut daripada Pegawai / Pembantu Kebajikan Masyarakat yang berkelayakan atau kaunselor di Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri masing-masing.
Membantu memulihkan dan mempertingkatkan kualiti dan taraf hidup orang kurang upaya supaya mereka dapat hidup berdikari dengan memberi pemulihan dan latihan kemahiran yang sesuai.
Perkhidmatan di Institusi
- Memberi jagaan, perlindungan dan pemulihan
- Menyediakan kemudahan bagi memenuhi keperluan dari segi fizikal, sosial dan rohaniah
- Menjaga kesihatan dan keselamatan penghuni
- Memberi pendidikan, bimbingan serta latihan vokasional
- Penempatan semula dalam masyarakat
- Mengadakan aktiviti pengeluaran hasil dan aktiviti yang berkaitan dengan masyarakat setempat
- Memberi kaunseling
KATEGORI ORANG KURANG UPAYA
Terdapat 6 kategori kurang upaya yang di daftarkah iaitu:
Kurang Upaya Pendengaran | Termasuk pekak dan bisu:
|
Kurang Upaya Penglihatan | Buta (blind)
|
Kurang Upaya Fizikal | Kecacatan anggota badan misalnya
|
Cerebral Palsy |
|
Masalah Pembelajaran | Dignosa perubatan di bawah kategori ini merangkumi:
|
Lain-Lain | Diagnosa perubatan di bawah kategori ini merangkumi semua masalah kurang upaya yang tidak dinyatakan dalam format. |
HAK, DEFINASI DAN DASAR ORANG KURANG UPAYA MALAYSIA
HAK ORANG KURANG UPAYA
DASAR OKU
2. Memastikan OKU menikmati hak, peluang dan akses secara saksama di bawah undang-undang negara.
3. Menghapuskan diskriminasi terhadap seseorang atas sebab ketidakupayaannya dan.
4. Mendidik dan meningkatkan kesedaran masyrakat terhadap OKU
Strategi di bawah Dasar OKU terbahagi kepada 15 bidang seperti berikut:
1. Advokasi
Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan.
2. Aksesibiliti
3. Kesihatan
Meningkatkan perkhidmatan kesihatan termasuk program pencegahan, pengesanan dan intervensi awal (primary care) dan Meningkatkan perkhidmatan perubatan yang berkualiti kepada OKU (secondary and tertiary care)
4. Pemulihan
Meningkatkan keberkesanan serta memperluaskan program pemulihan sedia ada bagi OKU.
Mewujudkan program pemulihan baru bagi OKU selaras dengan perkembangan semasa.
5. Pendidikan
Meningkatkan akses OKU kepada pendidikan di semua peringkat, termasuk pendidikan sepanjang hayat.
6. Pekerjaan
(i) Membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan menggalakkan penggajian OKU dalam semua sektor pekerjaan.
(ii) Menggalakkan OKU bekerja sendiri (self-employed) dan berdikari.
7. Keselamatan Diri dan Perlindungan Sosial
Melindungi OKU dari segala bentuk eksploitasi, keganasan dan penderaan.
Memantapkan perkhidmatan dan kemudahan kepada OKU yang layak dan berkeperluan.
8. Perkhidmatan Sokongan
Memantapkan mekanisme perkhidmatan sokongan yang bersesuaian dengan keperluan OKU.
Menggalakkan penghasilan dan penjualan alat-alat tiruan dan sokongan OKU yang mampu milik.
9. Sosial
Meningkatkan kemudahan dan menggalakkan penyertaan OKU dalam aktiviti sosial.
10. Pembangunan Sumber Manusia
(i) Membangunkan kapasiti dan menyediakan sumber manusia terlatih serta mencukupi yang memberi perkhidmatan kepada OKU.
(ii) Membangunkan keupayaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili kepentingan OK.
(iii) Meningkatkan penyertaan OKU dalam proses perancangan dan membuat keputusan.
11. Penglibatan Masyarakat
(i) Menggalakkan penglibatan sukarelawan dalam program pembangunan OKU.
(ii) Menjalin dan memperkukuhkan rangkaian kerjasama multisektor dan multidisiplin.
(iii) Menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam menunaikan tanggungjawab sosial korporat.
12. Penyelidikan dan Pembangunan
(i) Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan mengenai OKU serta menyebar luas hasil penyelidikan untuk tindakan penambahbaikan.
(ii) Memantapkan mekanisme penyelarasan pelaksanaan, pemantauan dan penilaian program-program OKU.
13. Perumahan
(i) Menggalakkan reka bentuk universal dalam pembinaan rumah dan kawasan persekitaran.
(ii) Membuka peluang kepada OKU untuk memiliki rumah.
14. Kanak-kanak OKU
Mengutamakan kepentingan terbaik (best interest) untuk kanak-kanak kurang upaya dalam setiap program perkembangan, kemajuan dan pemerkasaan golongan OKU.
15. Wanita OKU
Mengutamakan kepentingan terbaik (best interest) untuk wanita kurang upaya dalam setiap program perkembangan, kemajuan dan pemerkasaan golongan OKU.
Penutup
Pihak Kerajaan amat prihatin terhadap golongan OKU dan penggubalan Dasar ini merupakan komitmen Kerajaan dalam usaha memastikan OKU mendapat kesaksamaan hak dan peluang bagi penyertaan penuh dalam masyarakat. Walau bagaimanapun, pelaksanaan Dasar OKU memerlukan kerjasama yang bersepadu daripada semua pihak serta penglibatan pelbagai kementerian, jabatan dan agensi Kerajaan serta pertubuhan bukan Kerajaan, ahli akademik, pakar perubatan, pekerja sosial, sukarelawan dan orang ramai.
Golongan orang kurang upaya (OKU) merupakan sebahagian daripada masyarakat. Oleh itu, mereka mempunyai kesaksamaan hak dan peluang untuk menjalani kehidupan seperti anggota masyarakat yang lain. Pendekatan berasaskan hak atau rights-based dan juga perlindungan wajar digunakan bagi menjamin kepentingan dan kesejahteraan OKU.
DEFINASI
OKU adalah seorang yang mempunyai ketidakupayaan jangka masa panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau pancaindera yang apabila berhadapan dengan pelbagai halangan mungkin tidak dapat melibatkan diri sepenuhnya dan secara efektif dalam masyarakat.
DASAR OKU
Dasar OKU menjadi asas kesaksamaan hak dan peluang kepada OKU bagi penyertaan penuh dalam masyarakat. Dasar ini turut mengutamakan nilai hak kemanusian seperti kemuliaan, kehormatan dan kebebasan bagi membolehkan mereka hidup berdikari.
Objektif Dasar
Dasar OKU menetapkan empat objektif berikut:
1. Memberi pengiktirafan serta penerimaan prinsip bahawa OKU mempunyai hak dan peluang yang sama
bagi penyertaan penuh dalam masyarakat.
bagi penyertaan penuh dalam masyarakat.
2. Memastikan OKU menikmati hak, peluang dan akses secara saksama di bawah undang-undang negara.
3. Menghapuskan diskriminasi terhadap seseorang atas sebab ketidakupayaannya dan.
4. Mendidik dan meningkatkan kesedaran masyrakat terhadap OKU
Strategi di bawah Dasar OKU terbahagi kepada 15 bidang seperti berikut:
1. Advokasi
Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan.
2. Aksesibiliti
Memastikan penyediaan persekitaran bebas halangan (barrier-free) termasuk kemudahan di dalam dan luar bangunan, tempat kerja, kawasan perumahan serta ruang awam.
Meningkatkan penyediaan kemudahan pengangkutan awam yang mesra OKU
Menggalakkan penyediaan kemudahan serta akses kepada teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Meningkatkan penyediaan kemudahan pengangkutan awam yang mesra OKU
Menggalakkan penyediaan kemudahan serta akses kepada teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
3. Kesihatan
Meningkatkan perkhidmatan kesihatan termasuk program pencegahan, pengesanan dan intervensi awal (primary care) dan Meningkatkan perkhidmatan perubatan yang berkualiti kepada OKU (secondary and tertiary care)
4. Pemulihan
Meningkatkan keberkesanan serta memperluaskan program pemulihan sedia ada bagi OKU.
Mewujudkan program pemulihan baru bagi OKU selaras dengan perkembangan semasa.
5. Pendidikan
Meningkatkan akses OKU kepada pendidikan di semua peringkat, termasuk pendidikan sepanjang hayat.
6. Pekerjaan
(i) Membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan menggalakkan penggajian OKU dalam semua sektor pekerjaan.
(ii) Menggalakkan OKU bekerja sendiri (self-employed) dan berdikari.
7. Keselamatan Diri dan Perlindungan Sosial
Melindungi OKU dari segala bentuk eksploitasi, keganasan dan penderaan.
Memantapkan perkhidmatan dan kemudahan kepada OKU yang layak dan berkeperluan.
8. Perkhidmatan Sokongan
Memantapkan mekanisme perkhidmatan sokongan yang bersesuaian dengan keperluan OKU.
Menggalakkan penghasilan dan penjualan alat-alat tiruan dan sokongan OKU yang mampu milik.
9. Sosial
Meningkatkan kemudahan dan menggalakkan penyertaan OKU dalam aktiviti sosial.
10. Pembangunan Sumber Manusia
(i) Membangunkan kapasiti dan menyediakan sumber manusia terlatih serta mencukupi yang memberi perkhidmatan kepada OKU.
(ii) Membangunkan keupayaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili kepentingan OK.
(iii) Meningkatkan penyertaan OKU dalam proses perancangan dan membuat keputusan.
11. Penglibatan Masyarakat
(i) Menggalakkan penglibatan sukarelawan dalam program pembangunan OKU.
(ii) Menjalin dan memperkukuhkan rangkaian kerjasama multisektor dan multidisiplin.
(iii) Menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam menunaikan tanggungjawab sosial korporat.
12. Penyelidikan dan Pembangunan
(i) Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan mengenai OKU serta menyebar luas hasil penyelidikan untuk tindakan penambahbaikan.
(ii) Memantapkan mekanisme penyelarasan pelaksanaan, pemantauan dan penilaian program-program OKU.
13. Perumahan
(i) Menggalakkan reka bentuk universal dalam pembinaan rumah dan kawasan persekitaran.
(ii) Membuka peluang kepada OKU untuk memiliki rumah.
14. Kanak-kanak OKU
Mengutamakan kepentingan terbaik (best interest) untuk kanak-kanak kurang upaya dalam setiap program perkembangan, kemajuan dan pemerkasaan golongan OKU.
15. Wanita OKU
Mengutamakan kepentingan terbaik (best interest) untuk wanita kurang upaya dalam setiap program perkembangan, kemajuan dan pemerkasaan golongan OKU.
Penutup
Pihak Kerajaan amat prihatin terhadap golongan OKU dan penggubalan Dasar ini merupakan komitmen Kerajaan dalam usaha memastikan OKU mendapat kesaksamaan hak dan peluang bagi penyertaan penuh dalam masyarakat. Walau bagaimanapun, pelaksanaan Dasar OKU memerlukan kerjasama yang bersepadu daripada semua pihak serta penglibatan pelbagai kementerian, jabatan dan agensi Kerajaan serta pertubuhan bukan Kerajaan, ahli akademik, pakar perubatan, pekerja sosial, sukarelawan dan orang ramai.
Tuesday, September 14, 2010
MENJADI AHLI PERSATUAN BAGI ORANG ORANG ISTIMEWA (PBOOIL)
Oleh kerana ternampak rumah PBOOIL, tergerak hati untuk mengetahui lebih lanjut mengenail persatuan tersebut. Pada suatu hari aku pergi melawat rumah tersebut dan memohon untuk menjadi ahli persatuan. Permohonan untuk menjadi ahli diterima. Dalam mesyuarat agong aku telah dilantik menjadi Bendahari persatuan, maklumlah pengurus bank itulah jawatan biasa yang diberi.Aku terkejut kerana diberitahu tiada OKU dalam jawatankuasa persatuan tersebut.Aku berazam untuk membantu ahli OKU yang lain.Banyak juga aktiviti yang dilakukan oleh penghuni PBOOIL seperti membuat bakul dan menjahit. Ada yang datang kesana untuk menghabiskan masa lapang, ada yang datang untuk mencari kemahiran untuk hidup dan ada yang dihantar kerana ibubapa sibuk bekerja. PBOOIL mempunyai kewangan yang kukuh tetapi tidak digunakan untuk perkembangan OKU. Semasa jadi Bendahari, aku perasan kurang NGO atau perseorangan Melayu yang mengambil berat kepada kebajikan OKU. Hampir semua sumbangan diterima dari bukan Melayu.Mungkin sumbangan orang Melayu memerlukan publisiti, kalau ada VIP atau masuk akbar baru dihulurkan.Atau sumbangan mereka memerlukan balasan.
Setelah beberapa tahun bersama PBOOIL terpaksa aku tinggalkan kerana berpindah.
BERSAMA SUKAN PARALIMPIK
Oleh kerana sibuk dengan kerja harian aku tidak mengetahui bahwa ada atlet dan pasukan paralimpik dari Labuan . Pada suatu hari aku diperkenalkan dengan jurulatih pasukan memanah Paralimpik Seronok juga dapat bersama kawan kawan OKU yang lain.Kali pertama aku berlatih memanah bersama beberapa atlet OKU untuk ke Kejohanan Paralimpik Kebangsaan yang diadakan di Kuala Lumpur.Aku telah dipilih mewakili Labuan untuk kejohanan tersebut. Apabila sampai di KL aku sedar ramai lagi kawan kawan OKU yang senasib dengan ku. Macam-macam ada.Aku kira bernasib baik kerana mempunyai pekerjaan dan pendapatan sendiri. Ramai antara mereka yang tidak mempunyai pekerjaan serta tinggal dirumah kebajikan atau bersama keluarga. Dalam kejohanan tersebut aku mendapat tempat ketiga. Berbangga juga aku, maklumlah kali pertama. Semenjak dari itu setiap kali ada sukan Paralimpik aku akan turut bersama. Aku pernah mengikuti kejohanan memanah di Pahang, Perak, Negeri Sembilan dan beberapa kali di Kuala Lumpur. Disamping itu ku juga pernah bermain Boling Padang di Perak dan Kuala Lumpur. Seronok juga dapat melancung percuma dan bersama kawan-kawan OKU yang lain.
Tetapi ramai rakan-rakan yang lain tidak berpuas hati dengan duit saku yang diberi. Ramai yang merungut kerana wang saku yang disedia jauh lebih sedikit dari altet normal.. Aku juga terkejut kerana ada kawan-kawan OKU yang berjaya mewakili negara untuk Sukan Paralimpik antarabangsa tetapi langsung tidak dihargai. Kalau atlet normal macam macam penghargaan diberi. Ada juga atlet OKU yang memenangi pingat semasa Sukan Paralimpik peringkat antarabangsa tetapi inisiatif tidak sama dengan atlet normal.. Kalau betul, terang-terang nampak diskriminasi terhadap OKU. Siapa pun tidak peduli. Begini lah nasib OKU.
OKU MENJADI PENGURUS CAWANGAN BANK
Pada mulanya aku memegang jawatan sebagai Pemangku Pengurus cawangan, teruk juga memegang dua jawatan sekali. Tidak lama kemudian aku ditawarkan sebagai Pengurus Cawangan. Bagi ku tiada masalah kerana telah memegang jawatan pemangku, ada pengalaman.Cabaran yang paling besar untuk mencapai ' Sales Target' dan keluar untuk marketing. 'Sales target' adalah sama dengan pengurus-pengurus lain walaupun aku OKU.Untuk keluar jumpa pelanggan juga aku tidak sehebat seperti yang lain-lain. Aku tidak main golf atau squash, tidak larat untuk memanjat pejabat yany tinggi dan tidak boleh keluar malam untuk berhibur, tidak mampu untuk memancing dihujung minggu. Kesemua ini adalah rintangan yang paling besar bagi pengurus OKU.Aku masih berupaya membuktikan walau pun dengan serba kekurangan aku hampir berjaya mancapai 'Sales Target' untuk setiap tahun. Terima kasih kepada aku punya ' Lady Boss' yang memberi kepercayaan serta kakitangan yang lain yang banyak membantu pengurus OKU. Tidak lupa juga pada kawan-kawan dan pelanggan yang memberi kepercayaan kepada OKU.
OKU MENJADI PENOLONG PENGURUS
Setelah 5 tahun bekerja aku telah dinaikkan pangkat kepada Executive dan dipindahkan ke Kluang Johor. Tanggungjawab yang dipikul bertambah berat. Pada tahun 1997 aku telah ditawarkan sebagai Penolong Pengurus Cawangan di Malaysia Timor. Berat juga untuk menerima tawaran tersebut. Walau bagaimana aku percaya OKU pun boleh melakukannya.Aku terima tawaran tersebut walaupun ditentang oleh ramai kawan-kawan dan keluarga.Pada 30/8/1997 aku bertolak ke tempat baru melalui Lapangan Terbang Subang.Ramai juga kelurga ku yang menghantar di lapangan terbang . Betapa gembiranya, maklumlah kali pertama menaiki kapalterbang, walau pun dalam hati begitu gementar kerana berjauhan dengan keluarga dan akan berada ditempat yang tidak pernah dikunjungi. Aku selamat sampai ke pulau tersebut seperti yang dijadual. Keadaan lapangan terbangnya amat mengejutkan.. Esoknya pada 31 Ogos , perbarisan Hari Kemerdekaan diadakan dihadapan bilik aku menginap.Betapa gembiranya anak-anak aku kerana pertama kali dapat melihat sambutan kemerdekaan betul-betul dihadapan mata. Tetapi agak memeranjatkan kerana hampir semua kedai ditutup separuh hari kerana cuti umum. Pada malam tu hanya makan di KFC.
Esok hari nya aku ke bank untuk urusan pendaftaran Mulai dari hari tu aku telah menjadi Penolong Pengurus Cawangan, mungkin OKU pertama dalam perbankan. .Terima kasih kepada pihak pengurusan yang memberi kepercayaan kepada OKU untuk memegang jawatan tersebut.
OKU MENDIRIKAN RUMAH TANGGA
Setelah beberapa lama berkawan, akhirnya kami bersetuju untuk berkahwin. Walaupun ada beberapa masalah, maklumlah aku OKU tetapi berjaya diatasi. Tarikh nya ditetapkan pada 1 April 1989. Ramai kawan-kawan tidak percaya kerana hari tu adalah ' April Fool ' . Bagaimana pun semua berjalan lancar seperti yang dirancang. Ramai juga kawan-kawan semasa belajar di sekolah dan ITM yang hadir termasuk kawan dari Kuala Pilah kecuali dari .................................. yang tidak hadir lansung. Aku tak kisah dan sedar aku OKU, masalah tersebut memang telah diduga. Pada Ogos 1990 aku telah mendapat cahayamata lelaki yang pertama. Hingga sekarang aku telah memiliki 3 cahayamata lelaki dan 1 perempuan. Yang bungsu adalah perempuan dan akan memasuki alam persekolahan tidak lama lagi.Sekarang hidup kami bahagia dan hubungan keluarga telah kembali seperti biasa.Buang yang keruh ambil yang jernih.
OKU MEMILIKI KERETA SENDIRI
Setelah setahun bekerja, terasa juga hendak membeli kereta seperti orang lain. Selepas menjalankan pemeriksaan di Hospital Seremban, permohonan untuk ujian ' L ' diluluskan oleh pihak JPJ. Tiada masalah untuk aku lulus ujian ' L '. Walau bagaimana pun aku tidak dapat belajar memandu kerana tiada sekolah memandu yang menggunakan kereta automatik. Tetapi atas kebenaran JPJ, aku dibenarkan menggunakan kereta automatik untuk belajar dan ujian memandu. Terpaksalah membeli kereta sendiri dulu untuk belajar.
Memang susah hendak mencari kereta automatik masa tu. Akhirnya aku terjumpa sebuah Honda Civic automatik, walau pun mahal sikit terpaksa juga dibeli. Dengan Honda Civic tu aku belajar memandu dan lulus ujian memandu . Mulai hari itu aku boleh memandu sendiri dan bergerak lebih senang. Kawan -kawan di kampung bertambah cemburu melihat OKU memiliki kereta sendiri, sedangkan mereka masih menaiki motor dan basikal lagi.Terima kasih kepada kawan kawan dan Pengarah JPJ yang banyak menolong.
OKU MINTA BANTUAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT
Semasa belajar di ITM, aku pernah beberapa kali ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka untuk meminta bantuan pelajaran memandangkan keluargu aku kurang berkemampuan. Setiap kali aku pergi untuk bantuan pelajaran dan bantuan untuk membeli motosikal katanya tiada cukup peruntukan. Tetapi aku terkejut apabila kawan aku yang sebilik belajar di ITM mendapat bantuan membeli motorsikal.Aku hairan walaupun bertanya dipejabat JKM, tiada jawapan yang diberi. Setelah tamat belajar, dari sumber orang dalam aku mendapat tahu mengapa permohonan aku tidak dilayan.Sebenarnya mereka marah kepada keluarga aku kerana mengambil aku keluar dari Pusat Jagaan Orang Cacat. Nama ku telah disenarai hitamkan , rupa-rupa nya setelah lebih 10 tahun perkara itu masih tidak dilupakan.Mungkin kalau tinggal disana sampai sekarang aku masih menganyam bakul rotan, Terima kasih kepada keluarga ku yang berfikiran panjang semasa tu.
Monday, September 13, 2010
OKU MENDAPAT PEKERJAAN DI BANK.
Setelah tamat pelajaran, aku telah menyambung pelajaran diperingkat diploma lanjutan di ITM juga.. Disamping itu tanpa pengetahuan keluarga aku juga memohon pekerjaan di salah sebuah bank. Aku menghadiri temuduga dan ditawarkan pekerjaan sebagai Sub Executive Officer. Tanpa berfikir panjang aku menerima tawaran tu walaupun dibantah oleh keluarga. Aku dihantar untuk latihan ke Melaka selama 4 bulan dan 2 bulan di Kuala Lumpur.Betapa bangga nya aku bukan senang OKU untuk mendapat pekerjaan dibank.Setelah tamat 6 bulan aku dihantar ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan untuk mula bertugas. Ramai orang tertanya bagaimana OKU boleh bekerja dibank. Mungkin kerana rezeki atau kasihan ataupun memang layak, aku pun tak tahu. Penting bagi aku walaupun OKU aku diterima bekerja.Bagiku walau pun aku OKU ianya tidak sedikit pun menghalang tugas harian. Kawan-kawan dikampong mula cemburu dengan aku.
OKU DI INSTITUT TEKNOLOGI MARA SHAH ALAM
Pada hari pendaftaran, bapa ku menyewa teksi untuk menghantar aku ke Shah Alam. Pagi-pagi lagi sudah bertolak dari Melaka. Bila sampai di ITM, memang memeranjat apabila dataran dipenuhi orang. Tiada kaunter khas untuk OKU. Terpaksa lah beratur, bertukar giliran dengan bapaku. Setelah mendaftar aku ditempatkan keasrama diluar kawasan ITM, terpaksa juga aku ke sana-sini merayu untuk ditempatkan kedalam kawasan ITM. Akhirnya rayuan aku diterima, aku ditempatkan di Asrama Seroja. Bersama sama aku ada beberapa pelajar OKU juga yang ditempatkan sebilik. Asrama Seroja adalah asrama yang paling dekat sekali dengan Bangunan Menara, tetapi untuk kesana terpaksa mendaki bukit. Terpaksa juga aku mendaki bukit setiap hari, kalau hujan duduk saja di asrama atau dikelas tunggu sampai berhenti.Kelas pula ditingkat 9 hingga 11. Kalau lif rosak, terpaksa lah gunakan lif kakitangan. Itu pun kadang-kadang dihalau oleh pengawal keselamatan yang tidak berperikemanusian itu. Nak tak nak terpaksalah menapak keatas.Kalau ada kelas pagi hingga petang selalunya aku tidak balik ke asrama untuk makan tengahari, tak larat nak menapak. Ibubapa aku terpaksa lah menyediakan duit tambahan untuk makan.tengahari.Keluarga tak mampu jadi kenalah berjimat, roti canai sudah cukup. Begitu lah nasib OKU.
Pada tahun pertama aku terpaksa bersendirian kerana kawan-kawan lain tinggal diasrama luar kawasan ITM. Semasa tahun kedua aku ditempatkan di Asrama Perindu, pada masa itu ada kawan kawan yang tinggal bersama, jadi boleh menumpang mereka ke kelas. Di tahun akhir aku ditempatkan di Asrama Delima. Terima kasih kepada kawan-kawan yang banyak membantu, terutama menumpang aku ke kelas.
Akhirnya aku berjaya mendapat Diploma Perakaunan setelah 3 tahun bersusah payah mendaki bukit dan meredah hujan dan panas. Terima kasih kepada ITM yang telah memberi aku ketabahan . OKU mendapat diploma, betapa bangga nya aku. Orang kampung mula hormat pada aku.
OKU BERJAYA KE MENARA GADING
Setelah kecoh sekampong OKU mendapat pangkat 1 dalam SPM, sekarang kecoh pulak OKU ditawarkan ke luar negara. Macam-macan cerita dan nasihat aku dengar, akhirnya ibubapa ku tidak membenarkan aku melanjutkan pelajaran ke luar negara. Apakan daya ku, nasihat ibubapa dituruti. Betul juga nasihatnya siapakah yang akan menjaga OKU seperti aku di sana. Katanya dalam negara pun boleh belajar, ramai telah buktikan.Aku memilih Perakaunan kerana akauntan adalah cita-cita ku. Akhirnya aka mendapat tawaran Diploma Perakaunan di Institut Teknologi Mara, Shah Alam
OKU BERJAYA DI TINGKATAN 5
Semasa tingkatan 4, aku kejurusan Sains. Teruk juga belajar akhirnya aku dimasukkan ke tingkatan 5
Sains 2. Bangga juga bukan saja kerana OKU tetapi hanya beberapa orang melayu saja yang dapat masuk kelas tu.Menurut guru darjah aku, sesiapa yang berjaya masuk ke 5 Sains 2 keputusan SPM biasa nya memang baik. Tapi kalau tak belajar belum tentu berjaya. Pada akhir tahun 1981 aku telah menduduki peperiksan SPM.Semasa menunggu keputusan semua kawan-kawan aku bekerja di kilang berdekatan rumah. Aku jadi penganggur terhormat Bukan tak mahu bekerja tapi setiap kali aku temuduga ditolak kerana aku OKU. Macam macam sebab diberikan, akhirnya aku menjadi penghuni kedai kopi di kampong.
Setiap hari dari pagi hingga petang aku kesana tengok orang main Dam Haji. Nak main tak boleh maklumlah
budak budak lagi dah tu OKU pula. Aku hanya jadi penonton. Sebelah malam baru jumpa kawan-kawan di tepi pantai, itu pun masing-masing sombong maklumlah poket berisi. Bila nak makan aku ditinggalkan. nak join duit tak ada. Itu lah nasib OKU.. Setelah lama jadi penganggur masa yang ditunggu pun tiba, iaitu keputusan peperiksaan SPM.Gementar juga malam tu, nak tidur pun susah. Pagi-pagi lagi dah ke sekolah, maklumlah kena naik bas. Seorang demi seorang dipanggil, ada yang menjerit, ada yang termenung ada yang menangis dan bermacam-macam gaya lagi .Tak guna nasi sudah menjadi bubur. Bila tiba giliran aku pula salah seorang guru yang memberi keputusan peperiksaan tengok semacam aje, macam tak percaya, aku mendapat pangkat 1. Rupa-rupanya ramai juga daripada kawan-kawan yang mendapat pangkat 2 Betapa gembira nya aku, Allah saja yang tahu. Ramai guru tak percaya OKU boleh mendapat pangkat 1. Dirumah ibubapa dan datuk sedang menunggu, nak telofon tak dapat, tak ada pada masa tu.Apabila sampai dirumah semua macam tak percaya. Dikampung lagi kecoh, maklumlah OKU dapat pangkat 1. Bertambah malu lagi orang kampung kepada kedua ibubapa aku. Manakan tidak, hampir semuanya gagal, apa lagi terus bekerja di kilang. Aku menjadi popular seketika
OKU TINGGAL DI ASRAMA
Setelah mendaftar di Tingkatan 1, permohonan aku untuk tinggal diasrama diluluskan. Terima kasih kepada Cikgu Rejab yang membantu aku. Mulai dari hari itu aku kena berdikari sendiri. Sebelum ini semuanya dilakukan oleh ibubapa dan adik beradik, lama kelamaan atas bantuan kawan-kawan aku berjaya menyesuaikan diri untuk tinggal bersama mereka. Tiada kemudahan OKU di asrama tetapi aku ditempatkan ditingkat bawah, berhadapan dengan dewan makan dan bersebelahan dengan kemudahan lain.Aku kena beratur seperti yang lain untuk mengambil makanan dan dalam hal-hal lain, tiada apa keistimewaan bagi OKU. Syukur aku berjaya melalui semuanya itu.
Setelah keputusan SRP, tingkatan 3 diumumkan aku telah mendapat keputusan yang agak baik. Sekali lagi orang kampung yang tertawakan ibubapa aku bertambah malu, Apakah tidak, ramai dari mereka yang gagal dan tidak dapat meneruskan pelajaran ke tingkatan 4. Aku ditawarkan ke Tingkatan 4 Sains di STM. Ramai kawan-kawan dikampung yang ke tingkatan 4 sastera saja dan ada juga yang terus bekerja kilang .

PENGALAMAN OKU MULA BERSEKOLAH
Oleh kerana sekolah dikampung tiada kemudahan pengangkutan, aku dihantar ke sekolah dibandar. Pergi balik aku menaiki van, kalau sekolah dikampong aku kena jalan kaki atau bapa terpaksa hantar dengan basikal. Oleh kerana bapa aku sibuk dengan pekerjaan terpaksalah bersekolah di bandar. Orang kampong
ketawakan keluarga ku kerana katanya mengapa habis duit untuk OKU, lebih baik duduk dirumah.. Ada pihak mencadangkan supaya aku dihantar ke Pusat Pemulihan Orang Cacat yang terletak tidak jauh dari rumahku, katanya lebih dekat dari menghantar sekolah kebandar, lagipun semuanya percuma. Tapi keluarga ku tetap menghantar aku bersekolah dibandar.Akhirnya aku di hantar ke Sekolah Tengkera II.
Pertama kali sekolah (masa tu belum ada tadika) aku tidak merasa takut pun, walau pun pada hari itu ramai kawan-kawan yang menangis. Pada hari pertama bapa ku menunggu aku sampai habis waktu sekolah, aku ditunjukkan dimana kemudahan yang ada tapi seingat aku tiada lansung pun kemudahan untuk OKU.
Apa yang membangga kan aku semasa darjah 5, aku telah mendapat tempat ke 2 dalam kejohanan catur di sekolah Duduk atas pentas semasa pertandingan dan disaksikan oleh semua pelajar sekolah. Semasa disekolah aku dikecualikan dari perhimpunan harian dan dibenarkan duduk dalam kelas semasa perhimpunan pagi dan tengahhari. Semasa membeli dikantin aku juga tidak perlu beratur untuk membeli makanan
Dalam peperiksaan Penilaian Darjat 5, aku mendapat keputusan yang agak baik. Pada masa itu orang yang mengetawakan kelurgaku mula terasa. Apa tidaknya anak-anak mereka ramai yang teruk keputusan peperiksaan nya. Akhirnys aku ditawarkan ke STM, salah sebuah sekolah yang kira terkenal di Melaka masa tu.
Subscribe to:
Posts (Atom)