Oleh kerana ternampak rumah PBOOIL, tergerak hati untuk mengetahui lebih lanjut mengenail persatuan tersebut. Pada suatu hari aku pergi melawat rumah tersebut dan memohon untuk menjadi ahli persatuan. Permohonan untuk menjadi ahli diterima. Dalam mesyuarat agong aku telah dilantik menjadi Bendahari persatuan, maklumlah pengurus bank itulah jawatan biasa yang diberi.Aku terkejut kerana diberitahu tiada OKU dalam jawatankuasa persatuan tersebut.Aku berazam untuk membantu ahli OKU yang lain.Banyak juga aktiviti yang dilakukan oleh penghuni PBOOIL seperti membuat bakul dan menjahit. Ada yang datang kesana untuk menghabiskan masa lapang, ada yang datang untuk mencari kemahiran untuk hidup dan ada yang dihantar kerana ibubapa sibuk bekerja. PBOOIL mempunyai kewangan yang kukuh tetapi tidak digunakan untuk perkembangan OKU. Semasa jadi Bendahari, aku perasan kurang NGO atau perseorangan Melayu yang mengambil berat kepada kebajikan OKU. Hampir semua sumbangan diterima dari bukan Melayu.Mungkin sumbangan orang Melayu memerlukan publisiti, kalau ada VIP atau masuk akbar baru dihulurkan.Atau sumbangan mereka memerlukan balasan.
Setelah beberapa tahun bersama PBOOIL terpaksa aku tinggalkan kerana berpindah.
No comments:
Post a Comment