Pada hari pendaftaran, bapa ku menyewa teksi untuk menghantar aku ke Shah Alam. Pagi-pagi lagi sudah bertolak dari Melaka. Bila sampai di ITM, memang memeranjat apabila dataran dipenuhi orang. Tiada kaunter khas untuk OKU. Terpaksa lah beratur, bertukar giliran dengan bapaku. Setelah mendaftar aku ditempatkan keasrama diluar kawasan ITM, terpaksa juga aku ke sana-sini merayu untuk ditempatkan kedalam kawasan ITM. Akhirnya rayuan aku diterima, aku ditempatkan di Asrama Seroja. Bersama sama aku ada beberapa pelajar OKU juga yang ditempatkan sebilik. Asrama Seroja adalah asrama yang paling dekat sekali dengan Bangunan Menara, tetapi untuk kesana terpaksa mendaki bukit. Terpaksa juga aku mendaki bukit setiap hari, kalau hujan duduk saja di asrama atau dikelas tunggu sampai berhenti.Kelas pula ditingkat 9 hingga 11. Kalau lif rosak, terpaksa lah gunakan lif kakitangan. Itu pun kadang-kadang dihalau oleh pengawal keselamatan yang tidak berperikemanusian itu. Nak tak nak terpaksalah menapak keatas.Kalau ada kelas pagi hingga petang selalunya aku tidak balik ke asrama untuk makan tengahari, tak larat nak menapak. Ibubapa aku terpaksa lah menyediakan duit tambahan untuk makan.tengahari.Keluarga tak mampu jadi kenalah berjimat, roti canai sudah cukup. Begitu lah nasib OKU.
Pada tahun pertama aku terpaksa bersendirian kerana kawan-kawan lain tinggal diasrama luar kawasan ITM. Semasa tahun kedua aku ditempatkan di Asrama Perindu, pada masa itu ada kawan kawan yang tinggal bersama, jadi boleh menumpang mereka ke kelas. Di tahun akhir aku ditempatkan di Asrama Delima. Terima kasih kepada kawan-kawan yang banyak membantu, terutama menumpang aku ke kelas.
Akhirnya aku berjaya mendapat Diploma Perakaunan setelah 3 tahun bersusah payah mendaki bukit dan meredah hujan dan panas. Terima kasih kepada ITM yang telah memberi aku ketabahan . OKU mendapat diploma, betapa bangga nya aku. Orang kampung mula hormat pada aku.
No comments:
Post a Comment