Kita banyak terbaca, OKU digalakkan mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Baru baru ini pula ada yang menyarankan bahwa pendaftaran mungkin diwajibkan bagi semua OKU.
Tetapi mengapakah ada ramai lagi OKU yang masih tidak mendaftar. Sebenarnya ramai tertanya-tanya apakah yang diperolehi jika mendaftar. Jika pendaftaran hanyalah untuk merekodkan jumlah OKU yang ada dinegara ini, tak guna mereka mendaftar.
Apakah faedah-faedah yang diperolehi?
Apakah pihak yang berkenaan akan cuba memenuhi kemahuan OKU ini?
Apakah jenis bantuan yang akan dihulurkan? DAN BANYAK LAGI PERSOALAN
Selagi banyak persoalan yang timbul tidak dapat dijawab oleh pihak yang berkenaan , tidak semua OKU akan mendaftar.
Masalah birokrasi untuk mendaftar juga satu masalah besar bagi OKU. Mengapa kah pemeriksaan doktor di hospital kerajaan adalah diwajibkan. Apakah phak JKM sendiri tidak boleh menilai kekurangan mereka Jika dilihat oramg yang datang itu dipimpin tentulah mereka orang buta. Jika yang datang tu berkerusi roda tentulah mereka cacat anggota. Atau ada yang terbaring tidak boleh meguruskan diri sendiri memang pasti mereka OKU. Apakah pegawai JKM sendiri tidak boleh menilai kecacatan mereka. Kanak-kanak di tadika juga boleh mengenali OKU, inikan pula pegawai JKM.
Tahukah berapa lama terpaksa menunggu untuk mendapat pengesahan dari doktor di hospital kerajaan? Semuanya satu penyeksaan bagi OKU.
Jika dilihat ramai OKU yang telah mendaftar tetapi apa menafaat yang telah meraka perolehi, hanya lah
statistik untuk JKM. Statistik yang dibawa kesana-sini tapi OKU HABUK PUN TAK DAPAT
No comments:
Post a Comment