Monday, October 18, 2010

BUDGET 2011 , OKU DAPAT RM218 JUTA

NASIB OKU DALAM BUDGET 2011 MAKIN TERSEKSA

Jumlah yang bakal diperolehi oleh OKU dalam budget 2011 yang baru dibentang oleh Perdana Menteri adalah RM218 juta. Begitu besar rasanya jumlah yang diperuntukkan. Tapi jika dilihat dengan jumlah OKU yang ada di negara kita, mengikut United Nation adalah 1% jumlah penduduk negara adalah OKU, oleh itu jumlah OKU di Malaysia dianggarkan adalah 2.6 juta. Dari jumlah RM218 juta , OKU hanya dapat RM83.84 saja. Mungkin negara kita mempunyai kurang OKU, dan katakan lah hanya 0.50% saja OKU, jumlah peruntukan adalah RM167.69 saja. Apakah yang boleh dilakukan untuk membantu OKU dengan budget yang begitu kecil.

Salah satu peruntukan yang menarik terdapat dalam budget 2011 adalah peruntukan sebanyak RM213 juta  sebagai ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi serta imbuhan kepada Pengetua atau Guru Besar dan Guru Cemerlang. Bayangkan OKU yang amat memerlukan bantuan cuma disediakan RM218 juta untuk 1.30 juta orang tetapi RM213 juta bagi beberapa sekolah dan Pengetua yang memang sudah bernasib baik.
Mungkin Mak Menteri kita tidak menyedari hal begini kerana amat gembira apabila diumumkan cuti bersalin ditambah kepada 90 hari. Beginilah nasib OKU.

Jika dilihat dalam budget 2011, Perdana Menteri begitu menekankan untuk menambahkan pendapatan rakyat negara kita, tetapi tiada satu inisiatif untuk meningkatkan taraf hidup atau menanbah pendapatan OKU yang boleh dianggap daif di negara kita ini. Mak Menteri sekarang begitu sibuk dengan masalah sosial lain. Nasib OKU tetap tidak dibela.

Apabila pendapatan bertambah, perbelanjaan juga akan meningkat tetapi bagi OKU tidak, masih ditakuk lama.

BEGINI LAH NASIB OKU TIADA SIAPA AMBIL PEDULI.

Monday, October 11, 2010

DASAR PENGANGKUTAN AWAM TIDAK MESRA OKU

Pembentukan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah membentuk satu pelan pembangunan bagi sistem pengangkutan awam di Malaysia.

Pelan pembangunan itu termasuk dasar-dasar yang akan mencakupi rangka kerja menyeluruh iaitu melibatkan aspek keselamatan pengguna, kecekapan perkhidmatan, rangkaian bersepadu, pengawasan yang berkesan, perancangan bersepadu dan pelaksanaan yang mapan.

Kerajaan telah menunjukkan initiatif untuk meningkatkan perkhidmatan pengangkutan awam. SPAD akan bertanggungjawab mengawal selia dan merancang perkhidmatan ini termasuk rel, bas dan teksi. Antaranya, masalah kesinambungan yang dihadapi semua pengguna perlu diutamakan.
SPAD akan memberi lonjakan baru kepada sistem pengangkutan awam darat terutama di bandar. Ia bertanggungjawab mengemukakan cadangan relevan kepada kerajaan mengenai segala perkara berhubung dengan dasar yang dibangunkan.

Pengerusi SPAD menyatakan bahawa suruhanjaya akan merealisasikan maklamat yang ditetapkan secara holistik dan bukan untuk tujuan tertentu sahaja. Pelan jangka masa panjang akan dikaji. Namun adakah Malaysia berkeupayaan untuk mempertahankan pendekatan holistik ini?

Kesinambungan dan kebolehaksesan merupakan dua unsur yang tidak boleh dipisahkan daripada perkhidmatan pengangkutan awam. Kesinambungan bererti satu sambungan dari rumah ke pengangkutan awam ke destinasi dan sebaliknya. Kebolehaksesan diperlukan untuk penggunaan semua orang, sama ada orang tua, perempuan mengandung, kanak-kanak ataupun orang kurang upaya.

Walau bagaimanapun, kerajaan tidak dapat menyediakan satu-satu sistem yang sempurna berasaskan teori yang mudah ini. Kita boleh lihat banyak stesen bus yang dibina di kawasan yang jauh dari jalan utama yang menyebabkan pengguna tidak dapat akses ke stesen bus itu. Isu kebolehaksesan merupakan masalah yang menghantui para pengguna OKU.

Oleh sebab SPAD masih dalam peringkat awal penubuhannya, maka keperluan OKU perlu dipertimbangkan. Pembentukan jawatankuasa OKU di SPAD adalah wajar untuk dipertimbangkan. Sebenarnya, ini merupakan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang dapat dinilai oleh pengguna.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,  Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyatakan Malaysia akan meratifikasi konvensyen Pertubuhan Bangsan-Bangsa Bersatu tentang Hak OKU pada masa akan datang. Artikel 9 dalam konvensyen menyatakan kebolehaksesan merupakan salah satu ciri untuk penyertaan adil OKU dalam masyarakat.

Jadi, Malaysia harus membangunkan dasar pengangkutan awam yang bersesuaian dengan golongan OKU

TOKOH OKU KECEWA

JOHOR BAHRU 28 Sept. – Tersisih dan terpinggir adalah perasaan yang sering menghantui hidup golongan orang kurang upaya (OKU) berikutan kekurangan kemudahan asas untuk mereka di bangunan kerajaan, swasta dan tempat-tempat awam di negeri ini.
Tokoh OKU 2000 peringkat negeri, Low Yuen Nien, 47, berkata, kekurangan itu menyebabkan OKU tidak dapat berdikari dan melakukan urusan harian seperti individu normal.
“Kami masih bergantung dengan isteri, anak dan rakan-rakan apabila melakukan sesuatu urusan contohnya untuk pergi ke sesebuah bangunan atau meletak kereta.
“Kemudahan asas untuk OKU wajib disediakan di tempat-tempat awam yang menjadi tumpuan seperti di hospital atau pun bank namun kebanyakan tempat awam dilihat tidak mesra OKU,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat aduan mengenai perkara tersebut di pejabat Timbalan Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Johor Bahru, Michael Tay di Taman Maju Jaya di sini hari ini.
Yuen Nien juga melahirkan rasa sedih dan kecewanya dengan sikap masyarakat yang enggan membantu golongan sepertinya dan lebih teruk lagi memandang rendah terhadap mereka.
Katanya, persepsi itu masih menebal dan keadaan tersebut membuatkan OKU berasa tertekan, merendah diri dan tidak punya tempat mengadu untuk meluahkan perasaan tersebut.
Sehubungan itu, bapa kepada empat cahaya mata itu berharap semua bangunan yang akan dibina mengikut standard dan ketetapan yang ditetapkan iaitu menyediakan kemudahan asas OKU.
“Kerajaan juga diharap dapat tubuhkan satu pusat khas OKU supaya kebajikan dan nasib mereka terbela. Contohnya kalau OKU ditindas majikan seperti gajinya tidak dicarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), mereka boleh mengadu melalui pusat ini,” katanya.
Sementara itu, Micahel berkata, pihaknya menerima banyak aduan berhubung masalah OKU yang kurang diberi perhatian serius oleh pihak bertanggungjawab.
Jelasnya, kemudahan asas yang tidak cukup bukan masalah baru dan negeri ini seharusnya peka dengan perkara berbangkit itu dan tidak bersikap sambil lewa menanganinya.
“Kadang-kadang OKU mengadu, kemudahan asas seperti tempat letak kereta untuk OKU pun digunakan orang biasa. Ini tidak patut berlaku dan masyarakat perlu sedar tentang hal ini,” ujarnya.
Menurutnya, sebagai sebuah negara bertaraf maju menjelang 2020, segala kemudahan asas untuk OKU perlu disediakan di semua tempat bagi menjaga hak dan kepentingan mereka.


* Petikan dari Utusan Malaysia

MASALAH UTAMA OKU

ISU-ISU UTAMA*

1.)  Aksesibiliti  bangunan awam dan persekitaran terbina
Akses kepada bangunan awam merupakan halangan utama bagi penyertaan OKU dalam masyarakat.
KWPKM sedang mengambil pelbagai usaha bersama pihak berkaitan seperti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk menangani isu ini.
Antara tindakan yang diambil :
(a)      Kertas Kerja Cadangan Penyediaan Persekitaran Bebas Halangan
Kertas Kerja bersama KPKT telah dikemukakan di Majlis Negara Kerajaan Tempatan untuk memaklumkan kepada PBT:
  • Halangan dalam persekitaran terbina sedia ada dan masalah aksesibiliti serta mobiliti yang dihadapi OKU
  • Cadangan kepada PBT agar mengambil tindakan serta-merta, mengikut kesesuaian bagi memastikan persekitaran terbina dapat diakses oleh semua.
(b)      Tinjauan Kemudahan Dan Tahap Akses OKU Di Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Dan Institusi OKU
Tujuan:
  1. Menilai tahap kemudahan dan akses OKU di Pejabat Kebajikan Masyarakat  Negeri, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah dan Institusi OKU.
  2. Penyediakan satu pelan tindakan dalam urusan pembangunan kemudahan pejabat
  3. Meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan sebagai Agensi utama yang bertanggungjawab ke atas pembangunan dan kesejahteraan golongan OKU.
(c)      Audit Akses
KPWKM bersama KPKT  akan menjalankan  Audit Akses ke atas ruang awam bagi OKU di seluruh negara. Hasil audit akses akan dikemukakan kepada pihak berkenaan seperti PBT untuk  membantu usaha Kerajaan dalam memastikan ruang awam sedia ada dan akan dibangunkan di seluruh negara adalah bebas halangan.


2)  Aksesibiliti kepada pengangkutan awam
Sistem pengangkutan awam sedia ada tidak mesra OKU - menghalang OKU daripada menjalani aktiviti harian dan kehidupan dalam masyarakat.
KPWKM telah mengambil beberapa tindakan untuk menangani masalah ini:
  1. Beberapa siri Mesyuarat/Rundingan berhubung dengan dengan pengusaha pengangkutan awam
  2. Memorandum Jemaah Menteri
    Mohon Kerajaan mengambil maklum akan masalah askes OKU kepada pengangkutan awam dan menimbangkan tindakan bagi menangani masalah ini.


3)  Pekerjaan OKU
Pekerjaan merupakan keperluan asas dan hak asasi manusia.
OKU menghadapi masalah mendapat pekerjaan produktif dan pendapatan bagi menyara hidup.
Bilangan OKU yang berjaya mendapat pekerjaan di sektor awam dan sektor swasta kurang memberangsangkan.
Sektor Awam  - Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 1988 yang memperuntukan peluang 1% peluang pekerjaan bagi OKU di  sektor awam.
JKM telah membentang satu Kertas Kerja di Mesyuarat Ketua Jabatan Persekutuan yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara berkenaan pematuhan dasar 1 peratus peluang pekerjaan kepada OKU di sektor awam pada bulan Oktober 2007 dan mengemukakan beberapa cadangan pelaksanaan dasar.
Berikutan dengan itu, Pekeliling Perkhidmatan Bil 3 Tahun 2008 telah dikeluarkan untuk menggantikan Pekeliling Pekrhidmatan Bil 10 Tahun 1988 menghendakki semua Kementerian/Jabatan mengambil 1 peratus pekerja OKU, berkuatkuasa mulai 1 April
Susulan daripada itu, KPWKM telah mengadakan satu mesyuarat bersama SPA, JPA dan 16 NGO OKU yang berkaitan pada 5 Mei 2008 bagi membincangkan usaha-usaha mempercepatkan pelaksanaan Dasar 1 Peratus Peluang Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam kepada OKU. Hasil daripada mesyuarat tersebut ialah JPA, JKM dan NGO akan bekerjasama secara berterusan dalam perkara berikut:
  1. Menentukan penempatan kerja yang sesuai (job matching)
  2. Meletakkan pengecualian khas (special conditions) ke atas kelayakan-kelayakan tertentu kepada OKU yang memohon pekerjaan
  3. Melaksanakan job coaching bagi membantu OKU dan agensi di tempat kerja
  4. Mengubah minda (mindset change) para majikan dan OKU
  5. NGO akan membantu dalam mengenalpasti bidang kerja yang sesuai berdasarkan kekuatan yang ada pada seseorang kurang upaya
  6. NGO akan membantu mencari orang kurang upaya yang sesuai serta mendaftarkan mereka dan
  7. NGO akan membantu dalam memberi sebarang cadangan yang sesuai dilaksanakan.
* petikan dari http://www.jkm.gov.my/ 

ORANG KURANG UPAYA ATAU ORANG KELAINAN UPAYA

Sebenarnya, penggunaan "kelainan upaya" itu bukanlah dicetuskan di negara kita
pada asalnya.  Di peringkat antarabangsa pun telah ada usaha untuk mencari
istilah yang "sopan" untuk kita.  Dulu mereka guna "handicap".  Kemudian
bertukar kepada "disabled"  Ini yang membawa makna "Kurang upaya".  Ada juga
digunakan perkataan "impaired" seperti visually impaired dan hearing impaired. 
Kemudian "disabled" ditukar pula kepada "challenged" seperti visually
challenged dan hearing challenged.  Inilah yang diterjemahkan sebagai "kelainan
upaya" itu.

Dalam hal ini, kita tak bolehlah menyalahkan orang-orang politik kita saja. 
Mereka atau pihak-pihak yang berkaitan sebenarnya sedang cuba untuk tidak
ketinggalan daripada negara-negara lain.  Apapun, pada masa ini, rasanya
bolehlah kita terus menggunakan "kurang upaya" itu memandangkan akta yang
diluluskan oleh parlimen kita pun dinamakan sebagai Akta Orang Kurang Upaya
(Persons With Disabilities Act".  Persatuan-persatuan OKU di negara kita pun
masih mengekalkan sama ada "cacat" ataupun "kurang upaya".

Secara umumnya, di kalangan OKU sudah selesa dengan "kurang" itu.  Di kalangan
pihak lain saja yang merasakan patut ada istilah lain.  Namun, istilah apa pun
yang diguna pakai, golongan yang hendak disasarkan itu tetap golongan itu juga
- golongan yang kurang.

Bagaimana pula kalau ada mereka yang ada lebih dari kebiasaan?  Contoh: ada 11
jari tangan, dua alat kelamin dan seumpamanya?  Apakah mereka ini boleh kita
pangil "Orang Lebih Upaya"?

Untuk makluman semua, di Lembaga Peperiksaan sudah diwujudkan satu sektor baru
yang dikenali sebagai Sektor Pembinaan Pentaksiran Alternatif (SPPA).  Bidang
tugas sektor ini nanti bukan saja untuk menguruskan pentaksiran bagi
calon-calon kurang upaya tapi juga akan menguruskan mereka yang lebih upaya
khususnya mereka yang digolongkan sebagai genius.  Jadi sama-samalah kita
tunggu bagaimana senario pentaksiran alternatif yang bakal dilaksanakan nanti
khususnya untuk mereka yang lebih upaya ini.

Along Zahari
  ----- Original Message -----
  From: NOR AZMAN BIN SUKERMAN
  To: oku_boleh@googlegroups.com
  Sent: Friday, July 23, 2010 6:22 PM
  Subject: (OKU BOLEH) OKU: ORANG KURANG UPAYA BUKAN ORANG KELAINAN UPAYA


  OKU : ORANG KURANG UPAYA BUKAN ORANG KELAINAN UPAYA

  Manusia dan bahasa adalah dua gabungan atau jalinan hidup yang memang tidak
boleh dipisahkan. Bangsa dan bahasa adalah anugerah Allah yang besar kepada
manusia dan melalui bahasa dan bangsa inilah kita dapat saling belajar dan
MEmahami akan manusia dan kemanusiaan. Oleh kerana manusia diberi Allah
kebolehan menguasai bahasa dan bukannya bahasa yang menguasai manusia, maka
manusia telah menggunakan bahasa untuk kepentingannya. Bahasa sering digunakan
oleh manusia untuk memgambarkan sesuatu agar objek atau subjek yang digambarkan
itu baik, terlalu baik dan amat baik atau buruk, terlalu buruk dan amat buruk.
Bukankah ada perpatah yang berbunyi "tiada kata secantik bahasa" dan anak-anak
muda juga selalu berkata "ayat engkau power la" atau "awek tu cair dengan ayat
engkau"? Ini menunjukkan bahawa bahasa itu jika pandai digunakan boleh merubah
sesuatu dari satu persepsi kepada psrsepsi yang lain.

  Sewaktu saya kecil apabila bertemu dingan orang buta, pekak, bisu, lumpuh,
kudung, tempang atau apa sahaja bentuk kekurangan fizikal yang terdapat pada
seseorang maka masyarakat akan menyebut orang itu "orang cacat". Penggunaan
istilah "orang cacat" walau pun bubyinya seolah-olah begitu kasar tetapi ia
dapat menyampaikan maksud sebunar yang ingin disampaikan oleh enggunanya.
Menurut Kamus Dewan cacat membawa maksud kekurangan atau keadaan kurang
sempurna. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Empat:  ms 234.

  Berdasarkan kepada difinisi yang diberi oleh Kamus Dewan itu maka jelas
kepada kita penggunaan perkataan "cacat" yang digunakan oleh generasi terdahulu
untuk menggambarkan keadaan seseorang itu adalah tepat. Namun begitu, pada
tahun-tahun akhir sembilan puluhan pihak-pihak yang berkaitan dengan orang
cacat telah menukar istilah "orang cacat" kepada "orang kurang upaya (OKU".
Penggunaan istilah ini tampak lebih boleh diterima oleh mesyarakat sama ada
golongan OKU itu sendiri, agensi-agensi yang berurusan dengan golongan OKU mahu
pun masyarakat umum. Penggunaan teminologi ini terasa lebih mesra OKU dan
terasa tidak merendahkan diri orang OKU berbanding dengan penggunaan istilah
"orang cacat" sebelumnya. Ia menjadi lebih mudah diterima kerana masyarakat
lebih menggunakan singkatannya sahaja iaitu OKU dan bukannya Orang Kurang Upaya.

  Keadaan ini jelas dapat dirasai oleh masyarakat dan golongan OKU dan
penerimaannya begitu meluas. asil dari terminologi itu maka pihak kerajaan
telah mengeluarkan satu kad pengenalan khas untuk golongan OKU dan kad ini
lebih dikenali oleh masyarakat dan diterima oleh sektor koperat dan egensi
kerajaan sebagai kad OKU. Ini merupakan satu usaha pemerkasaan yang dilakukan
oleh kerajaan dan usaha seperti ini harus dipuji.

  Penerimaan masyarakat terhadap pengunaan terminologi OKU ini semakin kuat dan
ini terbukti apabila ada pihak yang cuba mencadangkan agar golongan Oku ini
ditukar kepada golongan istimewa. adangan ini tidak mendapat respon yang
positif dari golongan OKU dan masyarakat. Masyarakat tetap menggunakan Oku
apabila berurusan dengan golongan Oku ini sama ada secara rasmi atu untuk
urusan-urusan seharian. Walau penggunaan istilah "golongan istimewa" nampaknya
cantik tapi ia tidak sama sekali menggambarkan keadaan sebenar dan keperluan
golongan OKU. Bagi golongan OKU gelaran itu amat merimaskan kerana golongan OKU
memang tidak ada keistimewaan yang melayakkan mereka menerima layanan istimewa.
Masyarakat pula merasa gelaran istimewa boleh membebankan mereka. Akhirnya
istilah itu hilang begitu sahaja.

  Sebenarnya satu perkara yang harus difikirkan oleh masyarakat adalah orang
cacat tidak semestinya merupakan orang kurang upaya atau OKU tetapi OKU ini
pasti cacat. Sebagai contoh, seorang pemuda pekak yang tanpan, kelihatan kacak
dan menarik serta berketerrampilan tidak diketahui kekurangannya sehinggalah
orang menegur atau menyapa dengan suara lantas dia membalas dengan bahasa
isyarat.
  Pemuda ini sebenarnya tidak kelihatan cacat pada fizikal tetapi dia merupakan
seorang yang kurang upaya. Berbeza pula dengan seorang gadis yang mukanya penuh
jerawat. Wajahnya kilihatan cacat dan boleh dipanggil cacat namun bukan kurang
upaya kerana memiliki segala panca indera yang diperlukan untuk meneruskan
hidup. Jadi, terminoligi OKU ini amat sesuai digunakanbagi menjelaskan keadaan
dan keperluan sebenar golongan ini.

  Apa pun keadaan tenang ini tidak kekal lama. Baru-baru ini bahasa sekali lagi
digunakan untuk kononnya mencantikkan keadaan sesuatu objek atau subjek. Oleh
pihak pihak yang berkenaan menyedari sinkatan OKU itu telah diterima umum dan
sukar untuk dipadamkan maka pihak tersebut telah meneruskan penggunaan OKU
tetapi menukarnya kepada "Orang kelainan Upaya". Persoalannya, apa perlunya
pihak-pihak ini membuang masa untuk menukar terminoligi tersebut sedang
terminologi dan singkatannya yang sedia ada yang telah berusia lebih kurang 10
tahun ini telah diterima oleh masyarakat dan juga orang OKU itu sendiri. yang
kedua, apakah kelainan yang ada pada golongan OKU sehingga ditukar perkataan
"kurang" kepada "kelainan"? Golongan ini sebenarnya memiliki keupayaan yang
sama dengan orang orang lain cuma mungkin secara relatifnya keupayaan itu
kurang hasil dari ketidak sempurnaan fizikal individu berkenaan. Bagi mereka,
mereka tetap berusaha seperti orang lain untuk hidup dan tidak ada
kelainan-kelainan tertentu yang membolehkan mereka hidup lain dari oran
lain.Jadi, yang pasti OKU tetap orang kurang upaya dan bukannya orang kelainan
upaya.

  Di sini, pihak-pihak yang berurusan terus dengan golongan orang kurang upay
(bukan orang kelainan upaya) diseru supaya benar-benar berkhidmat untuk
membantu golongan ini dan bukannya sekadar berseminar, mengarang kertas kerja,
berconvention dan berdialog di hotel-hotel 5 bintang sedang golongan OKU tetap
ditakok lama dan kemudiannya menyalahkan golongan OKU kononnya tidak proaktif,
tidak inovatif dan tidak memberi kerja sama. Kalau jaga orang buta
tolong-tolonglah belajar pegang tongkat dan tulis braille. Kalau jaga orang
lumpuh duduk-duduklah atas kerusi roda. Jangan asyik nak tukar istilah.

  Oleh yang demikian, saya menyeru agar kita bersama-sama berjuang untuk
memperbetulkan keadaan ini. Di sini dan dalam keadaan begini sekali lagi
kesedaran dan kefahaman politik amat penting dan diperlukan. Kesedaran dan
kefahaman politik boleh sebenarnya membangkitkan semangat untuk berjuang dalam
menegakkan hak kita dan menuntut keperluan kita dan ditambah pula memang kita
akan berhadapa dengan orang politik yang memegang kuasa dalam menentukan dasar
yang akan atau tidak membela kita. Jadi, bersama-samalah memahami politik agar
nasib kita terbela kerana tiada pihak lain yang boleh membela nasib kita
termasuk dalam soal istilah OKU ini melainkan kita sendiri.


* Note

Apa juga istilah yang digunakan nasib OKU dinegara ini masih tidak berubah.

TIADA GUNA NYA PENDAFTARAN OKU

Kita banyak terbaca, OKU digalakkan mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Baru baru ini pula ada yang menyarankan bahwa pendaftaran mungkin diwajibkan bagi semua OKU.

 Tetapi mengapakah ada  ramai lagi OKU yang masih tidak mendaftar. Sebenarnya ramai tertanya-tanya apakah yang diperolehi jika mendaftar. Jika pendaftaran hanyalah untuk merekodkan jumlah OKU yang ada dinegara ini, tak guna mereka mendaftar.

Apakah faedah-faedah yang diperolehi?
Apakah pihak yang berkenaan akan cuba memenuhi kemahuan OKU ini?
Apakah jenis bantuan yang akan dihulurkan? DAN BANYAK LAGI PERSOALAN

Selagi  banyak persoalan yang timbul tidak dapat dijawab oleh pihak yang berkenaan , tidak semua OKU akan mendaftar.

Masalah birokrasi untuk mendaftar juga satu masalah besar bagi OKU. Mengapa kah pemeriksaan doktor di hospital kerajaan adalah diwajibkan. Apakah phak JKM sendiri tidak boleh menilai kekurangan mereka Jika dilihat oramg yang datang itu dipimpin tentulah mereka orang buta. Jika yang datang tu berkerusi roda tentulah mereka cacat anggota. Atau ada yang terbaring tidak boleh meguruskan diri sendiri memang pasti mereka  OKU. Apakah pegawai JKM sendiri tidak boleh menilai kecacatan mereka. Kanak-kanak di tadika juga boleh mengenali OKU, inikan pula pegawai JKM.

Tahukah berapa lama terpaksa menunggu untuk mendapat pengesahan dari doktor di hospital kerajaan? Semuanya satu penyeksaan bagi OKU.

Jika dilihat ramai OKU yang telah mendaftar tetapi apa menafaat yang telah meraka perolehi, hanya lah
statistik untuk JKM. Statistik yang dibawa  kesana-sini tapi OKU  HABUK PUN TAK DAPAT

Wednesday, October 6, 2010

SALAHKAH OKU MENGEMIS?

Kita sering terbaca berita- berita dalam media, serbuan dibuat dan ramai pengemis ditangkap. Ada juga datang beribu batu untuk mengemis di negara kita. Kita juga tahu ramai yang jadi pengemis walau pun mereka boleh dikatakan tidak layak untuk jadi pengemis. Tapi ramai juga rakyat Malaysia walau pun negara sudah 53 tahun merdeka, mereka dikatakan layak untuk jadi pengemis.Siapakah mereka?  Tentulah golongan OKU.

Memang betul pihak kerajaan ada banyak menyediakan kemudahan untuk OKU terus hidup dinegara yang aman makmur ini, tetapi apakah semuanya mencukupi? Selain dari makan OKU juga ingin hidup seperti manusia lain. Mereka juga ingin merasa pakaian baru, tak kan pakaian terpakai saja sepanjang hidup. Mereka juga ingin mendirikan rumahtangga juga setidak-tidaknya bersama dengan golongan mereka juga.
OKU juga ingin memiliki keluarga dan bahagia bersama anak-anak mereka. OKU juga ingin menikmati makanan yang lain juga mungkin seperti KFC,Mc Donald atau pun Pizza. Takkan nak makan nasi kawah saja setiap hari. Mereka juga ingin tinggal dirumah sendiri juga, tidaklah selamanya hidup tinggal dirumah kebajikan.

APAKAH KEINGINAN BERIKUT DAPAT DISEDIAKAN OLEH PIHAK KERAJAAN? SUDAH TENTU TIDAK. MEREKA JUGA MANUSIA BIASA ADA KEINGINAN JUGA.

Apakah salahnya membenarkan mereka mengemis. Pihak kerajaan boleh membenarkan OKU ini mengemis tetapi dengan syarat-syarat yang ditentukan seperti tempat, masa atau pun cara nya.Ataupun menyediakan pakaian khas atau permit untuk mereka Di negara kita ramai  pemberi sedekah secara kecil-kecilan atau tidak yang mahu publisiti boleh menghulur derma kepada mereka.Mungkin dengan cara ini mereka boleh berdikari dan memulakan hidup sendiri.

Walau pun ada yang katakan perbuatan mengemis tidak enak dipandang tapi banyak lagi pekerjaan atau perniagaan yang lebih menjijikan seperti perjudian, pelacuran , rumah urut  dan  menjual barang larangan tapi tidak diambil tindakan walaupun dibuat terang-terang.

APALAH SALAH NYA MEMBENARKAN OKU MENGEMIS.


* Pandangan peribadi saja

OKU - DISKRIMINASI DAN PERKERJAAN

Memang tidak dapat dinafikan diskriminasi ada dimana-mana. Ada diskriminasi terhadap jantina, ada pasal kaum dan bangsa, ada juga yang melibatkan keturunan serta agama. Ada dipejabat, ada di rumah, ada           di sekolah, ada di dalam keluarga sendiri, malah ada dimana-mana saja. Diskriminasi memang sukar dielakan selagi ada manusia di dunia ini.

Apa yang hendak diperkatakan adalah diskriminasi terhadap OKU. Memang sejak azali lagi golongan OKU 
dianggap kelas ketiga oleh banyak pihak. Jika bayi OKU dilahirkan ada yang meninggalkannya saja di hospital atau kalau boleh ingin menanamnya hidup-hidup.Tetapi mereka bernasib baik kerana ada undang-undang yang menghalangnya. Jika ada anak OKU mereka akan disorokkan dirumah malah ada yang merantaikannya agar  orang ramai tidak mengetahui mereka ada anak OKU. Anak - anak OKU tidak  dibenarkan bergaul dengan kawan-kawan lain dan diberikan peluang untuk belajar. Bagaimanakah golongan OKU ini  terus hidup didunia ini. Nasib baik sekarang jika kanak-kanak OKU ke sekolah bayaran elaun akan diberikan. Sebab itu dilihat sekarang ramai anak-anak OKU kesekolah. Ada ibubapa yang menghantar anak hanya untuk elaun, pelajaran mereka tidak diperdulikan.
Walaupun ada golongan OKU yang cemerlang dalam pelajaran namun dinafikan peluang untuk jawtan setimpal kemampuannya. Kadangkala ada juga OKU yang diberi peluang untuk bekerja tetapi bayaran gaji  yang diterima tidak sama dengan orang lain. Jarang OKU diberi jawatan yang lebih tinggi atau gaji yang lebih baik jika dibandingkan dengan pekerja lain.

JKM melancarkan program Job Coach bagi membantu golongan OKU mendapatkan pekerjaan yang menjanjikan masa depan cerah. Bagaimanapun keberkesanannya masih misteri. Apakah program itu dapat menyelesaikan masalah ekonomi OKU, tiada siapa ynag tahu. Pihak yang berkenaan tidak pernah menyatakannya.

Berapa ramaikah OKU yang diambil bekerja disektor awam, mungkin tidak sampai 1,000 orang saja berbanding dengan jumlah keseluruhan pekerja disektor awam. Malah tidak ramai pekerja OKU yang diambil bekerja dengan JKM.

OKU masih tetap tidak dibela.

AKTA BELA NASIB OKU JANGAN SEKADAR RETORIK

RUANG BANTU GOLONGAN CACAT PERLU DIPERLUASKAN ELAK JADI MANGSA

Katakan apa saja istilah - Orang Kurang Upaya ( OKU ),oranga kelainan upaya,orang cacat, golongan istimewa atau apa saja tapi nasib mereka tidak banyak berubah. Yang terbanyak adalah berada di bawah kemiskinan dan yang berjaya mungkin setakat 5 peratus saja.

Sejak negara merdeka 53 tahun lalu nasib OKU tidak banyak mendapat pembelaan kerajaan berbanding rakan mereka di Britain,Jerman dan Finlad. Jika negara maju banyak mengutamakan kebajikan OKU dalam prospek pembangunan prasarana negara. Negara kita lebih banyak bercakap, keluhan dan bersimpati namun terlalu sedikit menyediakan ruang membantu golongan cacat. Malah kementerian yang wujud khusus untuk membantu OKU seperti hilang fokus dan lebih membicarakankan isu sosial,buang bayi, masalah ibu tunggal dan wanita daripada masalah OKU yang makin melarat sekian lama.Mungkin lebih banyak dapat publisiti dari masalah OKU

Masalah OKU di Malaysia terlalu banyak dan sepatutnya kita sudah mempunyai pelaksanaan untuk menyelesaikan masalah. Peluang pekerjaan amat terbatas walaupun segelintir mereka mempunyai kelulusan dan kemahiran yang setaraf dengan orang lain. Peluang melanjutkan pelajaran juga tidak diberi keutamaan dan pengecualian.Galakan untuk OKU berniaga amatlah kecil setakat melepas batu di tangga saja.

Akta OKU yang dikuatkuasakan pada Julai 2008 sepatutnya berjalan lancar untuk menyediakan peluang dan ruang kepada golongan OKU. Di atas kertas, ia seolah -olah berperanan memberi pengiktirafan hak kepada golongan OKU yang memperuntukan perihal berkaitan pendaftaran, perlindungan, pemulihan pembangunan dan kesejahteraan OKU.

Namun sehingga kini keberkesanan masih menjadi pertanyaan umum.Tanpa penguatkuasaan akta,usaha membantu OKU menjadi sia-sia kerana minda kelas ketiga masih tebal di Malaysia walaupun mempunyai prasarana kelas pertama.

APAKAH AKTA DIWUJUDKAN SEKADAR 'ADA-ADA' ATAU MASIH BERFUNGSI MEMBANTU OKU DI NEGARA INI.

Monday, September 20, 2010

AMAL JARIAH UNTUK OKU, ANAK YATIM DAN LAIN-LAIN DI BULAN RAMADAN

Terima kasih bagi yang pihak perseorangan,badan swasta dan kerajaan yang menghulurkan derma kepada yang memerlukan terutama di bulan ramadan. Bagi yang menerima amat gembira kerana dapat merasa kegembiraan menyambut Hari Raya Aidil Fitri.Semoga derma yang diberi diberkati Allah.

Walau bagaimanapun kita selalu terbaca majlis tersebut diadakan di hotel-hotel hebat. Sebenarnya siapa yang dapat banyak keuntungan dari majlis tersebut. Pihak hotel yang banyak dapat keuntungan. Bayangkan kalau majlis berbuka puasa, bayarannya paling kurang RM60.00 seorang. Kalau tetamu yang ada 100 orang sudah RM60 000-00 untuk bayaran makan saja. Ini belum ditambah dengan bayaran artis-artis lagi.Akhirnya peruntukan RM100 000-00 yang ada cuma RM20 - RM30 saja untuk didermakan kepada yang memerlukan.

Alangkan lebih baik RM100 000-00 diberikan terus kepada penerima derma,
tanpa diadakan majlis di hotel-hotel.

Ini cuma pandangan peribadi.

Sunday, September 19, 2010

DAPATKAH OKU MENJALANI HIDUP SEPERTI INSAN SEMPURNA DI NEGARA INI

PETIKAN DARI UTUSAN MALAYSIA

Dalam sebuah rancangan televisyen, telah dipaparkan kehidupan seorang wanita OKU di Amerika Syarikat yang dilahirkan tanpa tangan. Namun, beliau hidup bebas seperti ahli masyarakat yang lain. Keretanya diubahsuai sehingga beliau boleh memandu (kakinya yang mengawal steering); digambarkan juga bagaimana beliau menggunakan perkhidmatan pandu masuk (drive thru') di salah sebuah restoran makanan segera; malah digambarkan juga bahawa beliau telahpun berkahwin dan melahirkan anak. Yang lebih mengharukan, turut dipaparkan bagaimana beliau menukar sendiri lampin anaknya dengan menggunakan kaki tanpa mengalami apa-apa kesukaran. Kata beliau, "Saya gunakan kaki untuk buat semua benda yang orang biasa buat dengan tangan". Namun itu tidak menjejaskan peluangnya untuk hidup seperti orang biasa.
Beberapa tahun lalu, penulis berkesempatan untuk menghadiri satu konvensyen antarabangsa di Kuala Lumpur yang mengundang orang-orang yang berjaya dari seluruh dunia untuk memberi galakan (motivasi) kepada para peserta. Salah seorang penceramah yang memberikan galakan kepada ratusan peserta pada hari tersebut ialah seorang yang tiada tangan dan kaki dari Amerika Syarikat. Hakikat bahawa beliau yang lahir tanpa tangan dan kaki tetapi masih boleh menjadi penceramah untuk berceramah di merata dunia menunjukkan betapa kecacatannya itu tidak menghalang beliau untuk berjaya. Ia juga secara tidak langsung menunjukkan bahawa masyarakatnya dan kemudahan-kemudahan dalam masyarakatnya juga tidak pernah menghalangnya untuk melalui hidup ini sama seperti insan sempurna anggota yang lain.

Keprihatinan masyarakat Amerika Syarikat untuk memberikan peluang yang sama kepada rakyatnya yang kurang bernasib baik jelas terpancar dalam laporan seorang wartawan tempatan yang berkesempatan mengunjungi Disneyland baru-baru ini. Menurut wartawan tersebut, taman tema itu amat mesra OKU. Bukan sahaja disediakan kerusi roda elektronik untuk memudahkan perjalanan golongan ini, tetapi jalan, tandas, restoran, permainan dan tempat istirehatnya amat mementingkan ciri-ciri keselamatan untuk OKU. Dalam kata-kata lain, golongan OKU boleh sahaja berseronok di Disneyland tanpa dihalang oleh kecacatan mereka kerana pengurusan taman tema itu telah mengambilkira keperluan golongan tersebut dan menyediakan segala kemudahan yang perlu untuk mereka berseronok sama seperti pengunjung yang lain.

Bayangkan kalau kita tergolong sebagai OKU di Malaysia. Atau, bayangkan kalau anak kita adalah seorang OKU di Malaysia. Dapatkah kita atau anak kita itu menjalani hidup seperti orang yang sempurna anggotanya?

Baru-baru ini sebuah akhbar melaporkan bahawa lebih dari 70 peratus bangunan di negara ini belum memenuhi peraturan-peraturan bangunan yang memerlukannya diubahsuai agar menjadi lebih mesra OKU. Pihak penguatkuasa pula dikatakan tidak menjalankan tugas untuk memastikan peraturan ini dipatuhi. Malah, dilaporkan juga bahawa tiada peruntukan dalam peraturan tersebut yang membolehkan mereka yang tidak mematuhinya dikenakan tindakan.

Di sektor pekerjaan pula, dari 173, 192 orang OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), hanya 5,700 orang (4 peratus) yang diambil bekerja. Maka, tidak hairanlah ketika sambutan Hari Pekerja baru-baru ini, Y.A.B. Perdana Menteri mengingatkan para majikan untuk mengambil pekerja OKU, khususnya mereka yang hilang upaya akibat kemalangan di tempat kerja.

Namun, memastikan OKU menjalani hidup sama seperti orang sempurna anggota yang lain bukanlah tanggungjawab kerajaan semata-mata. Ia juga bermula di rumah dengan ibu bapa dahulu membantu dan memberikan peluang untuk anak-anak OKU menjalani kehidupan yang serba biasa. Mengurung anak di rumah atau menganggap tiada apa boleh dilakukan untuk merawat anak tersebut hanya akan memburukkan keadaan. Sebaliknya, jika ibu bapa membantu anak tadi untuk mendapatkan kehidupan yang serba biasa mungkin, insya'Allah, anak tersebut tidak akan terpinggir. Ini boleh dimulakan dengan mendaftar anak-anak OKU di JKM dan mengambil segala manfaat yang ada.

Satu berita baik untuk OKU di Kuala Lumpur ini ialah, bermula bulan hadapan RapidKL akan memperkenalkan bas-bas baru yang lebih mesra OKU. Sementara usaha RapidKL ini amat kita hargai, namun, memberikan perkhidmatan yang mesra OKU ini bukan terhad kepada kemudahan jasmaninya sahaja - bas serta hentian bas yang mesra OKU sahaja. Apa yang tidak kurang pentingnya ialah pemandu-pemandu yang mesra OKU yang dengan ikhlas mahu menolong dan memudahkan golongan ini.

Bagi penulis, sikap mahu "menolong dan memudahkan" OKU adalah asas kepada kehidupan yang lebih selesa untuk OKU di negara ini. Jika semua pihak ada sikap mahu menolong dan memudahkan golongan OKU ini, semua pihak akan melaksanakan tanggungjawab mereka dengan sebaik mungkin. Bagi umat Islam, hadis berikut yang diriwayatkan oleh Muslim, perlu dijadikan pendorong untuk kita membuat lebih lagi untuk golongan ini, "Sesiapa yang melepaskan satu kesulitan seorang mukmin di dunia, Allah lepaskannya dari satu kesulitan pada Hari Qiamat. Sesiapa yang memudahkan orang yang susah, Allah memudahkannya di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup keaiban seorang Muslim, Allah tutup keaibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa menolong hambaNya yang sentiasa menolong saudaranya. "

Semoga semua OKU di Malaysia menikmati kemanisan ajaran Islam ini di Malaysia, bumi kita yang tersayang.

HAK OKU DIRAMPAS

Tempat letak kereta, tandas disalah guna pihak yang pentingkan diri sendiri

Pelbagai kemudahan di sediakan pihak berkuasa untuk golongan OKU bagi menjamin keselesaan mereka tetapi masih ada segelintir masyarakat yang tidak prihatin terhadap penggunaannya dan pentingkan diri sendiri. Tidak menghormati hak orng lain.

Malah orang ramai dilihat tidak segan silu mengambil kesempatan menggunakan kemudahan itu terutama tempat letak kereta , tandas dan tempat duduk dalam kenderaan awam.

Orang ramai paling kerap menyalahgunakan kemudahan tempat letak kerata OKU tanpa mempedulikan kesannya kepada golongan OKU. Apa yang penting bagi mereka adalah lokasi yang ingin dituju dekat dengan tempat letak kereta sedangkan kemudahan itu khas kepada OKU saja. Jelas terpampang tanda OKU pada semua kemudahan khas yang disediakan bagi pergerakan mereka. terutama di tempat awam. Orang ramai harus memikirkan kepayahan yang dialami golongan ini jika mereka menafikan hak mereka untuk menggunakan kemudahan yang disediakan oleh pihak berkuasa

Ada juga masyarakat tidak takut terhadap penguatkuasaan yang dijalankan kerana kononnya mereka mampu membayar denda dan tidak kisah jika disaman berkali-kali atas kesalahan yang sama.Denda yang maksimum patut dikenakan atas mereka

Pada pengalaman, kesalahan ini bukan saja dilakukan oleh orang awam tetapi dilakukan oleh  yang berpendidikan tinggi, ahli politik dan ahli perniagaan. Pernah satu hari ternampak sebuah kereta mewah yang menggunakan logo Ahli Parlimen meletak keretanya di tempat letak kereta OKU. Ada juga kereta logo kerajaan dan Bar Council menggunakan menggunakan kemudahn letak kereta untuk OKU.

ADAKAH MEREKA TIDAK FAHAM ATAU TIDAK NAMPAK? BUKAN TETAPI MEREKA TIDAK MENGHORMATI ORANG LAIN

Kemudahan tandas OKU juga sering menjadi sasaran terutama di pusat membeli belah atau tempat awan yang lain. Kadang kala kemudahan ini terpaksa dikunci untuk mengelak disalahgunakan oleh pihak tertentu. Ini akan menyusahkan OKU apabila hendak menggunakannya.

Tempat duduk didalam kenderaan awan juga disalahgunakan. OKU terpaksa mencari tempat duduk lain atau berdiri.

Bayangkan jika tempat letak kereta yang telah di tempah (reserved) digunakan oleh orang lain, tandas ditempat anda digunakan sewenang-wenangnya dan nombor tempat duduk anda diambil oleh orang lain .Pasti anda akan marah. Samalah juga jika kemudahan untuk OKU digunakan oleh orang lain, mereka juga ada hak. HORMATI LAH HAK ORANG LAIN

Thursday, September 16, 2010

ADAKAH KERAJAAN SERIUS TERHADAP KEPERLUAN OKU?

OKU di negara ini seolah - olah tidak dihormati oleh orang ramai. Kemudahan OKU sering tidak menjadi keutamaan dalm dasar kerajaan. Ini menyebabkan kehidupan OKU semakin sengsara. Bagi OKU kerajaan tidak begitu berminat ke arah perubahan tersebut

Tiada usaha yang benar-benar untuk meningkatkan kemudahan untuk OKU. Jika dilihat kepada kemudahan asas seperti sekolah, hospital atau klinik, bangunan kerajaan, tempat beribadat, pusat membeli belah dan lain-lain kemudahan awam, tempat yang sepatutnya menyediakan ruang yang cukup untuk pergerakan OKU, tetapi tidak dlaksanakan. Banyak tempat termasuk bangunan kerajaan tidak dilengkapi dengan kemudahn mesra OKU. Kemudahan yang dilabelkankan untuk OKU sepatutnya selaras dengan keperluan OKU. Namun begitu di Malaysia sebarang reka bentuk adalah untuk kepentingan dan kegunaan pemilik bangunan sahaja. Ketidakcapaian kepada persekitaran dan keperluan yang mesra OKU ini menunjukkan ketidakupayaan kerajaan untuk memenuhi keperluan OKU. Akta atau Undang-Undang yang sedia ada cuma untuk rekod.

Kerajaan perlu memandang serius terhadap keperluan OKU agar golongan OKU dapat diterima dalam masyarakat dan kauliti hidup dapat dipertingkatkan.

PENGALAMAN OKU MELANCUNG DI KUALA LUMPUR.

Aku selalu ke Kuala Lumpur atas urusan kerja, tetapi tidak pernah melancung sekitar Kuala Lumpur. Kalau hendak berjalan jauh atau lama aku terpaksa menggunakan kerusi roda. Pada cuti sekolah lalu aku membawa keluarga ke Kuala Lumpur dan Melaka untuk melancung, oleh itu aku terpaksa membawa kerusi roda bersama. Semasa di Terminal 2 Kota Kinabalu aku dikenakan bayaran untuk perkhimatan kerusi roda, bayaran nya adalah RM12-00 untuk perkhimatan sejauh lebih kurang 100 meter saja. Harga macam naik limusin mewah sedangkan kerusi roda tayar pun tak betul. Terpaksa juga aku bayar kerana masa itu hujan lebat. Semasa di LCCT dikenakan lagi bayaran RM12-00 lagi untuk jarak tak sampai 200 meter. Bayangkan OKU dikenakan bayaran RM24-00 untuk jarak tak sampai 300 meter.Kalau naik teksi berapa jauh boleh pergi dan berapa banyak boleh makan. Kesihan duit OKU orang kaya ambil

Dari LCCT ke Kuala Lumpur aku mengambil teksi. Rupa-rupanya banyak teksi disana menggunakan gas jadi kerusi roda tak boleh muat, terpaksalah ambil satu teksi tambahan. Aku dan kerusi roda satu teksi manakala keluarga satu teksi lain. Di hotel  tiada kemudahan OKU juga, mungkin   tidak ramai OKU yang mampu tinggal dihotel agaknya. Bagi ku di KL langsung tiada kemudahan untuk OKU,.ruang pejalan kaki tak sesuai, tempat letak kereta tiada dan kemudahan awan tidak boleh digunakan. Tempat-tempat menarik dan penting malah Hospital Putrajaya pun tidak dilengkapi dengan kemudahan OKU. Di Bandar Melaka juga tiada kemudahan  OKU.

Setelah dikira semula banyak juga  tambahan kewangan diperlukan jika OKU berada di bandar.

Nampaknya OKU tidak boleh hidup dan tinggal dibandar besar namun tiada siapa yang ambil berat.

DISABLED-FRIENDLY TOWN - STAR 17 AUGUST 2010

Aku terbaca artikel ini dalam akbar STAR muka M 2 bertarikh 17 Ogos 2010.Terperanjat juga membaca artikel ini, pada pengetahuan aku tiada kemudahan untuk OKU di Kota Kinabalu. Kalau ada pun hanya sekitar bangunan DBKK saja. Tempat letak kereta untuk OKU hanya dalam premise DBKK saja. Itu pun tidak dapat digunakan hanya untuk perhiasan saja. Pernah sekali berurusan di DBKK tetapi kereta OKU tidak dibenarkan masuk kedalam kawasan DBKK. Apa gunanya petak untuk OKU yang cantik  dibuat tapi
tak boleh digunakan. Berkenaan dengan kemudahan untuk OKU di tempat lain, aku tidak nampak banyak yang ada di Kota Kinabalu. Kalau ada tempat letak kereta pun hanya nampak di One Borneo dan City Mall saja. Tempat letak kereta awan langsung tak ada di Kota Kinabalu. Jika OKU  hendak letak kereta di tempat khas samada di hotel atau pusat membeli belah pasti tidak dibenarkan. Di hotel hanya untuk VIP saja, di pusat beli belah ditutup dengan rantai. Bagi kemudahan lain seperti ruang pejalan kaki langsung tak ada, melainkan disekitar bangunan DBKK saja. Dalam artikel tersebut juga menyatakan banyak hotel ada menyediakan kemudahan bagi OKU. Tetapi bagi aku langsung tak ada, kalau ada jalan untuk kerusi roda  itu sebenarnya untuk laluan mengangkat barang-barang penginap hotel bukan untuk OKU.  Malah banyak hotel walaupun baru dibuat atau dibaikpulih tiada kemudahan sepenuhnya untuk OKU.

Kenyataan yang menyatakan kemudahan untuk OKU di Kota Kinabalu akan dipertingkatkan telah lama diperkatakan oleh DBKK tapi tiada tindakan diambil, hanya cakap-cakap kosong saja.

JEMPUTAN DAILOG BERSAMA MENTERI

Semasa menjadi Bendahari PBOOIL aku pernah dijemput untuk menghadiri  suatu majlis dialog bersama menteri yang menjaga hal ehwal OKU. Aku diberitahu ini adalah kali pertama pihak menteri memanggil kesemua badan kebajikan  yang berkaitan dengan OKU dari seluruh negara. Aku begitu bersemangat dan berbagai isu dan masalah dibawa oleh  AJK persatuan. Pada hari yang ditetapkan aku ke Kuala Lumpur, majlis tersebut akan diadakan di sebuah hospital swasta di Selangor. Mungkin hospital tersebut berada di kawasan Parlimen menteri tersebut. Menurut jadual majlis akan diadakan pada pukul 2 petang. Awal-awal lagi aku telah tiba disana, maklumlah dengan menteri masa kena tepat. Lagi pun aku mengambil teksi dari KLIA terus ke hospital tersebut. Semasa sampai ramai juga yang telah tiba, ada dari Sabah, Sarawak Penang, Kedah dan lain-lain negeri. Nampaknya begitu bersemangat semua yang hadir, banyak cerita yang akan dibawa. Bila tiba masanya menteri pun tiba bersama beberapa pegawai tinggi yang lain. Selepas beberapa ucapan majlis dialog pun bermula. Awal-awal lagi diberitahu bahwa menteri ada hal penting selepas ini dan masa adalah terhad. Peserta pertama adalah seorang yang dipanggil Datin yang mengutara beberapa isu dan masalah. Lama juga perbincangan bersama Datin tersebut. Selepas  itu kami diberitahu bahwa masa ada lebih kurang 45 minit saja  dan hanya beberapa wakli saja lagi yang beri peluang bercakap. Betapa kecewa ramai yang hadir kerana tidak diberi peluang untuk menyatakan masalah dan pandangan  mereka. Akhirny pada pukul 4 majlis ditamatkan dan wakil - wakil yang lain diminta menghantar masalah dan pandangan mereka terus ke pejabat menteri.

Kesemua wakil yang hadir bukan saja kecewa tidak dapat berdailog dengan menteri tetapi terasa                di perbudak-budakkan oleh pihak berkenaan. Ada wakil yang berada lebih dari 5 jam dalam perjalanan, bagi dari Malaysia Timor banyak wang dan masa dihabiskan. Tapi hanya dapat melihat wajah menteri dan pegawai-pegawainya saja.'HABUK PUN TAK DAPAT'

Wednesday, September 15, 2010

KEISTIMEWAAN DAN KEMUDAHAN OKU BERDAFTAR

KEISTIMEWAAN DAN KEMUDAHAN
  1. Kemudahan Pendidikan

    Kementerian Pendidikan di bawah Jabatan Pendidikan Khas menyediakan kelas khas kepada kanak-kanak cacat pengelihatan, pendengaran dan bermasalah pembelajaran. Program pendidikan dijalankan di sekolah khas pendidikan dan melalui program integrated di sekolah biasa. Kerajaan juga mengecualikan bayaran pendaftaran kemasukan pelajar-pelajar kurang upaya pendengaran yang mengikuti latihan kemahiran di institusi-institusi pengajian di bawah kelolaan Kementerian pendidikan. Bagi Pelajar yang berjaya mereka akan mendapat elaun bulanan sebanyak RM300.00 sebulan.


  2. Kemudahan Di Dalam Aktiviti Harian

    Dalam hubungan ini Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengambil inisiatif dan memainkan peranan dalam menggalakkan berbagai kemudahan di wujudkan bagi membolehkan mereka yang kurang upaya bergerak bebas. Satu daripada pencapaian ini ialah penubuhan Jawatankuasa Teknikal yang Urusetianya ialah SIRIM telah merangka “ Kod Amalan Akses Bagi Orang Kurang Upaya Ke bangunan Awam” yang mana telah menghasilkan pindaan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 berkaitan dengan kehendak-kehendak bangunan untuk orang kurang upaya di mana bangunan baru diwajibkan mempunyai kemudahan akses kepada orang kurang upaya. Antaranya termasuklah “ram” dan “railings”, laluan yang bersesuaian dengan kerusi roda, lif khas dengan reka bentuk yang sesuai, tempat letak kereta, tandas khas dan sebagainya.


  3. Kemudahan Dan Galakan Pelepasan Cukai

    Kerajaan juga memperluaskan potongan cukai berganda dalam tahun 1981 kepada majikan-majikan mengambil pekerja kurang upaya dan dalam tahun 1991. Kerajaan pula menambahkan bagi pelepasan pengecualian cukai bagi ibubapa yang mempunyai anak kurang upaya di bawah umur 18 tahun. Kerajaan juga memberi ribet cukai kepada pembayar cukai bagi membeli alat-alat khas bagi kegunaan sendiri atau kegunaan anak dan ibubapa yang kurang upaya.
    Sebagai galakan berterusan bagi memelihara orang kurang upaya dan sebagai pelepasan tambahan kepada potongan diri RM5,000 dan potongan untuk isteri RM3,000, Kerajaan telah meluluskan pelepasan tambahan sebanyak RM5,000 diberi kepada pembayar cukai yang kurang upaya dan sebanyak RM2,500 lagi kepada pasangan yang kurang upaya mulai tahun 1995.


  4. Kemudahan Pengangkutan Awam

    Jabatan sentiasa menggalakkan syarikat-syarikat pengangkutan supaya memberi tambang konsesi kepada orang kurang upaya. Sehingga kini terdapat beberapa buah syarikat pengangkutan telah memberi insentif pengangkutan kepada golongan kurang upaya. Antaranya Sistem Penerbangan Malaysia memberi tambang murah sehingga 50% bagi penerbangan dalam negeri, Keretapi Tanah Melayu memberi tambang konsesi sehingga 50% bagi semua perjalanan bagi semua kelas, Syarikat bas TRANSNASIONAL memberi konsesi 50% daripada harga tambang dan PUTRA-LRT juga telah memberi konsesi tambang kepada golongan kurang upaya.


  5. Kemudahan Perumahan

    Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga menyediakan kemudahan-kemudahan kepada orang kurang upaya bagi menyewa rumah-rumah kos rendah atau rumah pangsa DBKL dengan memberi pengurangan kadar sewa kepada orang kurang upaya.


  6. Pengecualian Bayaran Rawatan Perubatan

    Orang kurang upaya dikecualikan daripada bayaran rawatan di Hospital Kerajaan sahaja, tidak termasuk hospital Universiti . Insitusi tidak termasuk bayaran wad kelas tiga, bayaran pakar dan ubat-ubatan.


  7. Pengecualian Bayaran Dokumen Perjalanan

    Jabatan Imigresen mengecualikan bayaran ke atas perkhidmatan menyedia dan memproses dokumen perjalanan (passport Antarabangsa) kepada golongan kurang upaya.


  8. Kemudahan Peluang Pekerjaan

    Komitmen kerajaan untuk membuka peluang pekerjaan kepada golongan kurang upaya terbukti melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10/1988 yang telah dikeluarkan dimana kouta 1% peluang pekerjaan di sektor awam diperuntukkan kepada golongan orang kurang upaya. Bagi Sektor Swasta, Jawatankuasa Penggalakan Pengajian Orang Cacat Di Sektor Swasta telah ditubuhkan dalam tahun 1990 di bawah Jabatan Buroh Semenanjung Malaysia telah mewujudkan Kod Amalan Penggajian Orang Kurang Upaya di Sektor Swasta yang merupakan suatu garis panduan kepada agensi kerajaan, majikan, pertubuhan majikan, pekerja, kesatuan sekerja dan pertubuhan orang kurang upaya serta orang kurang kurang upaya sendiri untuk pendaftaran dan penempatan kerja orang kurang upaya bekerja di sektor swasta. (Bagi orang kurang upaya, mereka boleh membuat pendaftaran dimana-mana pejabat buruh di negeri dan daerah ).


  9. Pengecualian 50% Duti Eksais Ke Atas Kereta/Motosikal Nasional Bagi Golongan Orang Cacat Anggota

    Orang cacat anggota yang ingin mendapatkan pengecualian 50% duti eksais ke atas kereta/motosikal nasional yang akan dibeli, bolehlah membuat PERMOHONAN SECARA BERTULIS kepada:
  10. Ketua Setiausaha Perbendaharaan Bahagian Analisis Cukai Tingkat 6 & 7, Blok Tengah Kompleks Kementerian Kewangan Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62592 Putrajaya
    Kemukakan bersama dokumen berikut:
    • Salinan sijil pendaftaran dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat menunjukkan cacat anggota (muka depan dan belakang)
    • Laporan Perubatan mengenai keadaan kecacatan anggota yang bagaimana yang dialami oleh pemohon dan sejak bila ia mendapat kecacatan berkenaan dan sertakan surat pengesahan doktor
    • Salinan kad pengenalan (muka depan dan belakang)
    • Salinan lesen memandu yang sah
    • Maklumat kenderaan yang akan dibeli:
      • Jenis/Model kenderaan
      • No. enjin
      • No. chassis
      • Di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) manakah kenderaan itu hendak didaftarkan
    Syarat-Syarat Lain
    • Kenderaan tidak boleh dijual atau ditukarmilik sehingga tamat tempoh 10 tahun kecuali dengan kebenaran Perbendaharaan
    • Pengecualian hanya dibenarkan untuk sebuah kenderaan bagi setiap 10 tahun
    • Kenderaan yang hendak dibeli itu adalah kenderaan nasional dan ditempah dari stok yang belum dibayar cukai
  11. Kemudahan Alat Ganti Orang Kurang Upaya.

    Kerajaan memberi pengecualian duti impot dan cukai jualan ke atas semua peralatan direka khas untuk kegunaan orang kurang upaya.


  12. Pencen Terbitan

    Kerajaan melalui JPA menyediakan pencen terbitan seumur hidup kepada anak/tanggungan penjawat awam yang meninggal dunia.


  13. Kemudahan Mendapat Latihan dan Pemulihan

    Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan program latihan kepada kanak-kanak kurang upaya dengan menyediakan program latihan kemahiran dan pemulihan diri di Institusi-institusi Jabatan. Buat masa ini perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan ini kepada kategori kurang upaya anggota dan akal (bermasalah pembelajaran) sahaja.


  14. Kemudahan Telekom

    Syarikat Telekom Malaysia telah menyediakan insentif/kemudahan kepada golongan orang kurang upaya seperti berikut:
    • Bayaran Sewa bulanan di kecualikan kepada golongan kurang upaya.
    • Panggilan 103 (operator) tidak dikenakan sebarang caj
    • Menyediakan panggilan menunggu atau panggilan pindahan secara percuma.
    • Bagi orang kurang upaya berumur 19 tahun dan ke atas mereka layak memohon menggunakan maklumat sendiri dan bagi mereka berumur 18 tahun dan ke bawah mereka juga boleh memohon perkhidmatan bagi pihak keluarga mengikut syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak STMB

PENDAFTARAN OKU

 PENDAFTARAN OKU

Bagi setiap golongan orang kurang upaya yang ingin menikmati insentif dan kemudahan-kemudahan yang telah disediakan samasa oleh agensi kerajaan atau swasta. Syarat utama mereka mestilah mempunyai KAD KENAL DIRI ORANG KURANG UPAYA sebagai satu perakuan yang sah bahawa mereka adalah kurang upaya.
Kad Kenal Diri Orang Kurang Upaya hanya boleh dibuat di Jabatan Kebajikan Masyarakat di negeri-negeri dan daerah tempat tinggal orang kurang upaya tersebut.

           Pendaftaran Orang Kurang Upaya
Pendaftaran orang kurang upaya (OKU) dibuat secara sukarela di seluruh negara. Ianya dijalankan oleh Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Pendaftaran OKU boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri dan Ibu Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.
Objektif Pendaftaran :-
  • Untuk mengetahui bilangan sebenar dan taburan OKU di negara ini.
  • Untuk merancang kesesuaian program-program latihan, pendidikan dan pemulihan bagi golongan kurang upaya.
  • Untuk menyediakan kemudahan-kemudahan yang bertepatan dengan keperluan OKU.
  • Untuk mengenalpasti OKU mengikut jenis-jenis kecacatan.
Syarat-syarat Pendaftaran :-
  • Orang Kurang Upaya warganegara Malaysia
  • Telah disahkan/diperakui oleh Pegawai/Pakar Perubatan hospital kerajaan
  • Menggunakan borang pendaftaran yang boleh didapati di mana-mana Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Pejabat Kebajikan Masyarakat iaitu mengikut kategori umur iaitu bawah 18 dan atas 18 tahun.
  • Pendaftaran dijalankan di Pejabat Kebajikan Daerah/Jajahan/Negeri Orang Kurang Upaya bermastautin
           Bantuan Alat Tiruan
Alat-alat tiruan seperti anggota tiruan, tongkat, kalipers, kerusi roda, alat pendengaran, cermin mata khas dan alat-alat lain diberi supaya orang kurang upaya yang miskin dan berkeperluan dapat bergerak serta memudahkan mereka mendapat pekerjaan.
Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan (BAT/S)
  • Bantuan ini bertujuan membantu orang kurang upaya yang tidak berkemampuan untuk membeli seperti kaki palsu, tangan palsu, kaliper, tongkat tangan/ketiak, kerusi roda. alat pendengaran, cermin mata khas, kasut khas dan lain-lain peralatan yang disyorkan oleh doktor atau pakar perubatan.
  • Bagi menimbang permohonan, faktor berikut diambil kira:-
    • OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat
    • Disyorkan oleh doktor atau pakar perubatan; dan
    • Mereka yang tidak mampu untuk membekalkan sendiri alat tiruan / alat sokongan yang diperlukan.
Elaun Pekerja Cacat (EPC)
Elaun insentif kepada orang kurang upaya yang berkerja dan berpendapatan kurang daripada RM 1200.00 sebulan bagi individu. Ini adalah untuk menggalakkan mereka berminat untuk bekerja.
Skim ini juga bertujuan menggalakkan Orang Kurang Upaya terus berdikari tanpa bergantung kepada ahli keluarga atau orang lain. Skim ini mempunyai beberapa tujuan:
  • Sebagai penyenggaraan pendapatan (income maintenance) untuk memenuhi keperluan asas kehidupan Orang Kurang Upaya (OKU)
  • Sebagai insentif untuk menggalakkan OKU bekerja, hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif
  • Untuk meningkatkan taraf hidup OKU di dalam masyarakat.
Kelayakan :-
  • Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai Orang Kurang Upaya
  • Bekerja sendiri atau dengan majikan
  • Pendapatan bulanan pemohon tidak melebihi RM1,200 sebulan tidak termasuk pendapatan keluarga
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Tidak tinggal di institusi yang telah disediakan kemudahan tempat tinggal, makan/minum dan pakaian percuma.
Bantuan OKU Tidak Bekerja ( BTB )
Bagi OKU yang tidak mampu bekerja kerana masalah kecacatan yang dialami dengan mendapat pengesahan daripada Pegawai Perubatan hospital/klinik kerajaan.
Skim ini bertujuan untuk membantu menyara kehidupan golongan OKU yang tidak berupaya untuk bekerja. Skim ini juga akan dapat mempertingkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan golongan OKU khususnya yang tidak berupaya bekerja dan mengelak atau mengurangkan kemasukan kumpulan sasar yang berkenaan ke Institusi Kebajikan. Kadar bantuan ini adalah sebanyak RM150 sebulan dan tempoh kaji semula adalah selama 12 bulan.
Kelayakan:-
  • Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
  • Sumber pendapatan individu tidak melebihi PGK semasa. Sumber pendapatan adalah merujuk kepada semua sumber pendapatan yang diterima oleh individu termasuk Pencen Ilat, pencen terbitan, pencen bulanan, PERKESO, bantuan bulanan, insurans dan lain-lain
  • OKU berdaftar dengan JKM
  • Disahkan oleh pegawai perubatan bagi kes-kes yang meragukan
  • Berumur antara 18-59 tahun
  • Bukan penerima skim Bantuan Bulanan JKM sedia ada
  • Bukan peserta Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) kelolaan JKM dan program penjagaan / pemulihan kelolaan agensi Kerajaan dan NGO Kebajikan
  • Bagi keluarga yang menerima bantuan bulanan termasuk Bantuan Penjagaan OKU Terlantar (BPT) yang berpendapatan di bawah PGK semasa, bantuan ini boleh dipertimbangkan kepada pemohon.
Perkhidmatan Kaunseling dan Khidmat nasihat
Bagi orang kurang upaya atau keluarga mereka yang menghadapi masalah dari segi emosi , keyakinan diri dan sebagainya atau memerlukan maklumat berkaitan jenis-jenis perkhidmatan yang diperlukan, bolehlah mendapatkan khidmat tersebut daripada Pegawai / Pembantu Kebajikan Masyarakat yang berkelayakan atau kaunselor di Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri masing-masing.
         PERKHIDMATAN DI DALAM INSTITUSI
         Membantu memulihkan dan mempertingkatkan kualiti dan taraf hidup orang kurang upaya supaya            mereka dapat hidup berdikari dengan memberi pemulihan dan latihan kemahiran yang sesuai.
        Perkhidmatan di Institusi
  • Memberi jagaan, perlindungan dan pemulihan
  • Menyediakan kemudahan bagi memenuhi keperluan dari segi fizikal, sosial dan rohaniah
  • Menjaga kesihatan dan keselamatan penghuni
  • Memberi pendidikan, bimbingan serta latihan vokasional
  • Penempatan semula dalam masyarakat
  • Mengadakan aktiviti pengeluaran hasil dan aktiviti yang berkaitan dengan masyarakat setempat
  • Memberi kaunseling

KATEGORI ORANG KURANG UPAYA

Terdapat 6 kategori kurang upaya yang di daftarkah iaitu:


Kurang Upaya Pendengaran Termasuk pekak dan bisu:
  1. Minima (Mild) – (20 – < 30 db)
  2. Sederhana (Moderate) – (30 – < 60 db)
  3. Teruk (Severe) – (60 – < 90 db)
  4. Profound – (> 90 db)
Kurang Upaya Penglihatan Buta (blind)
  • Penglihatan kurang daripada 3/60 pada mata yang lebih baik walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan (cermin mata)
Penglihatan terhad (Low Vision/Partially Sighted)
  • Penglihatan lebih teruk dari 6/18 tapi sama dengan atau lebih baik daripada 3/60 dalam mata yang lebih baik penglihatannya walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan (cermin mata).
Kurang Upaya Fizikal Kecacatan anggota badan misalnya
  • Penyakit Polio, Kudung, Muscular Dystrophy, Myopathy, Neuropathy, Osteogenesis Imperfecta dll
Cerebral Palsy
  1. Hemiplegia – Cerebral Palsy yang melibatkan sebelah bahagian badan
  2. Diplegia – Cerebral Palsy yang melibatkan kedua-dua belah kaki
  3. Quadriplegia – Cerebral Palsy yang melibatkan kedua-dua belah tangan dan kaki
Masalah Pembelajaran Dignosa perubatan di bawah kategori ini merangkumi:
  • Lewat Perkembangan (Global Development Delay) (bagi kanak-kanak berumur < 3 tahun)
  • Down’ Syndrome Autisma
  • Attention Deficit Hyperactive Disorder
  • Terencat Akal (Mental Retardation) (bagi kanak-kanak berumur > 3 tahun)
  • Masalah pembelajaran spesifik seperti dyslexia, dysgraphia, dyscalculia dll
Lain-Lain Diagnosa perubatan di bawah kategori ini merangkumi semua masalah kurang upaya yang tidak dinyatakan dalam format.

HAK, DEFINASI DAN DASAR ORANG KURANG UPAYA MALAYSIA

HAK ORANG  KURANG UPAYA

Golongan orang kurang upaya (OKU) merupakan sebahagian daripada masyarakat. Oleh itu, mereka mempunyai kesaksamaan hak dan peluang untuk menjalani kehidupan seperti anggota masyarakat yang lain. Pendekatan berasaskan hak atau rights-based dan juga perlindungan wajar digunakan bagi menjamin kepentingan dan kesejahteraan OKU.

DEFINASI
OKU adalah seorang yang mempunyai ketidakupayaan jangka masa panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau pancaindera yang apabila berhadapan dengan pelbagai halangan mungkin tidak dapat melibatkan diri sepenuhnya dan secara efektif dalam masyarakat.

DASAR OKU

Dasar OKU menjadi asas kesaksamaan hak dan peluang kepada OKU bagi penyertaan penuh dalam masyarakat. Dasar ini turut mengutamakan nilai hak kemanusian seperti kemuliaan, kehormatan dan kebebasan bagi membolehkan mereka hidup berdikari.
Objektif Dasar
Dasar OKU menetapkan empat objektif berikut:

1. Memberi pengiktirafan serta penerimaan prinsip bahawa OKU mempunyai hak dan peluang yang sama
    bagi penyertaan penuh dalam masyarakat.

2. Memastikan OKU menikmati hak, peluang dan akses  secara saksama di bawah undang-undang negara.

3. Menghapuskan diskriminasi terhadap seseorang atas sebab ketidakupayaannya dan.


4. Mendidik dan meningkatkan kesedaran masyrakat terhadap OKU

Strategi di bawah Dasar OKU terbahagi kepada 15 bidang seperti berikut:

1. Advokasi
Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan.

2. Aksesibiliti
Memastikan penyediaan persekitaran bebas halangan (barrier-free) termasuk kemudahan di dalam dan luar bangunan, tempat kerja, kawasan perumahan serta ruang awam.
Meningkatkan penyediaan kemudahan pengangkutan awam yang mesra OKU
Menggalakkan penyediaan kemudahan serta akses kepada teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

3. Kesihatan
Meningkatkan perkhidmatan kesihatan termasuk program pencegahan, pengesanan dan intervensi awal (primary care) dan Meningkatkan perkhidmatan perubatan yang berkualiti kepada OKU (secondary and tertiary care)

4. Pemulihan
Meningkatkan keberkesanan serta memperluaskan program pemulihan sedia ada bagi OKU.
Mewujudkan program pemulihan baru bagi OKU selaras dengan perkembangan semasa.

5. Pendidikan
Meningkatkan akses OKU kepada pendidikan di semua peringkat, termasuk pendidikan sepanjang hayat.

6. Pekerjaan
(i) Membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan menggalakkan penggajian OKU dalam semua sektor pekerjaan.
(ii) Menggalakkan OKU bekerja sendiri (self-employed) dan berdikari.

7. Keselamatan Diri dan Perlindungan Sosial
Melindungi OKU dari segala bentuk eksploitasi, keganasan dan penderaan.
Memantapkan perkhidmatan dan kemudahan kepada OKU yang layak dan berkeperluan.

8. Perkhidmatan Sokongan
Memantapkan mekanisme perkhidmatan sokongan yang bersesuaian dengan keperluan OKU.
Menggalakkan penghasilan dan penjualan alat-alat tiruan dan sokongan OKU yang mampu milik.

9. Sosial
Meningkatkan kemudahan dan menggalakkan penyertaan OKU dalam aktiviti sosial.

10. Pembangunan Sumber Manusia
 (i) Membangunkan kapasiti dan menyediakan sumber manusia terlatih serta mencukupi yang memberi      perkhidmatan kepada OKU.
 (ii) Membangunkan keupayaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili kepentingan OK.
(iii) Meningkatkan penyertaan OKU dalam proses perancangan dan membuat keputusan.

11. Penglibatan Masyarakat
  (i) Menggalakkan penglibatan sukarelawan dalam program pembangunan OKU.
 (ii) Menjalin dan memperkukuhkan rangkaian kerjasama multisektor dan multidisiplin.
(iii) Menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam menunaikan tanggungjawab sosial korporat.

12. Penyelidikan dan Pembangunan
 (i) Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan mengenai OKU serta menyebar luas hasil penyelidikan untuk tindakan penambahbaikan.
(ii) Memantapkan mekanisme penyelarasan pelaksanaan, pemantauan dan penilaian program-program OKU.

13. Perumahan
 (i) Menggalakkan reka bentuk universal dalam pembinaan rumah dan kawasan persekitaran.
(ii) Membuka peluang kepada OKU untuk memiliki rumah.

14. Kanak-kanak OKU
Mengutamakan kepentingan terbaik (best interest) untuk kanak-kanak kurang upaya dalam setiap program perkembangan, kemajuan dan pemerkasaan golongan OKU.

15. Wanita OKU
Mengutamakan kepentingan terbaik (best interest) untuk wanita kurang upaya dalam setiap program perkembangan, kemajuan dan pemerkasaan golongan OKU.

Penutup
Pihak Kerajaan amat prihatin terhadap golongan OKU dan penggubalan Dasar ini merupakan komitmen Kerajaan dalam usaha memastikan OKU mendapat kesaksamaan hak dan peluang bagi penyertaan penuh dalam masyarakat. Walau bagaimanapun, pelaksanaan Dasar OKU memerlukan kerjasama yang bersepadu daripada semua pihak serta penglibatan pelbagai kementerian, jabatan dan agensi Kerajaan serta pertubuhan bukan Kerajaan, ahli akademik, pakar perubatan, pekerja sosial, sukarelawan dan orang ramai.


Tuesday, September 14, 2010

MENJADI AHLI PERSATUAN BAGI ORANG ORANG ISTIMEWA (PBOOIL)

Oleh kerana ternampak rumah PBOOIL, tergerak hati untuk mengetahui lebih lanjut mengenail persatuan tersebut. Pada suatu hari aku pergi melawat rumah tersebut dan memohon untuk menjadi ahli persatuan. Permohonan untuk menjadi ahli diterima. Dalam mesyuarat agong aku telah dilantik menjadi Bendahari persatuan, maklumlah pengurus bank itulah jawatan biasa yang diberi.Aku terkejut kerana diberitahu tiada OKU dalam jawatankuasa persatuan tersebut.Aku berazam untuk membantu ahli OKU yang lain.Banyak juga aktiviti yang dilakukan oleh penghuni PBOOIL seperti membuat bakul dan menjahit. Ada yang datang kesana untuk menghabiskan masa lapang, ada yang datang untuk mencari kemahiran untuk hidup dan ada yang dihantar kerana ibubapa sibuk bekerja. PBOOIL mempunyai  kewangan yang kukuh tetapi tidak digunakan untuk perkembangan OKU. Semasa  jadi Bendahari, aku perasan kurang NGO atau perseorangan Melayu yang mengambil berat kepada  kebajikan OKU. Hampir semua sumbangan diterima dari bukan Melayu.Mungkin sumbangan orang Melayu memerlukan publisiti, kalau ada VIP atau masuk akbar baru dihulurkan.Atau sumbangan mereka memerlukan balasan.

Setelah beberapa tahun bersama PBOOIL terpaksa aku tinggalkan kerana berpindah.

BERSAMA SUKAN PARALIMPIK

Oleh kerana sibuk dengan kerja harian aku tidak mengetahui bahwa ada atlet dan pasukan paralimpik dari Labuan . Pada suatu hari  aku diperkenalkan dengan jurulatih pasukan memanah Paralimpik Seronok juga dapat bersama kawan kawan OKU yang lain.Kali pertama aku berlatih memanah bersama beberapa atlet OKU untuk ke Kejohanan Paralimpik Kebangsaan yang diadakan di Kuala Lumpur.Aku telah dipilih mewakili Labuan untuk kejohanan tersebut. Apabila sampai di KL aku sedar ramai lagi kawan kawan OKU yang senasib dengan ku. Macam-macam ada.Aku kira bernasib baik kerana mempunyai pekerjaan dan pendapatan sendiri. Ramai antara mereka yang tidak mempunyai pekerjaan serta tinggal dirumah kebajikan atau bersama keluarga. Dalam kejohanan tersebut aku mendapat tempat ketiga. Berbangga juga aku, maklumlah kali pertama. Semenjak dari itu setiap kali ada sukan Paralimpik aku akan turut bersama. Aku pernah mengikuti kejohanan memanah di Pahang, Perak, Negeri Sembilan dan beberapa kali di Kuala Lumpur. Disamping itu ku juga pernah bermain Boling Padang di Perak dan Kuala Lumpur. Seronok juga dapat melancung percuma dan bersama kawan-kawan OKU yang lain.

Tetapi ramai rakan-rakan yang lain tidak berpuas hati dengan duit saku yang diberi. Ramai yang merungut kerana wang saku yang disedia jauh lebih sedikit dari altet normal.. Aku juga terkejut kerana ada kawan-kawan OKU yang berjaya mewakili negara untuk Sukan Paralimpik antarabangsa tetapi langsung tidak dihargai. Kalau  atlet  normal macam macam penghargaan diberi. Ada juga atlet OKU yang memenangi pingat semasa Sukan Paralimpik peringkat antarabangsa  tetapi inisiatif tidak sama dengan  atlet normal.. Kalau betul, terang-terang nampak diskriminasi terhadap OKU. Siapa pun tidak peduli. Begini lah nasib OKU.

OKU MENJADI PENGURUS CAWANGAN BANK

Pada mulanya aku memegang jawatan sebagai Pemangku Pengurus cawangan, teruk juga memegang dua jawatan sekali.  Tidak lama kemudian aku ditawarkan sebagai Pengurus Cawangan. Bagi ku tiada masalah kerana telah memegang jawatan pemangku, ada pengalaman.Cabaran yang paling besar untuk mencapai        ' Sales Target' dan keluar untuk marketing. 'Sales target' adalah sama dengan pengurus-pengurus lain walaupun aku OKU.Untuk keluar jumpa pelanggan juga aku tidak sehebat  seperti yang lain-lain. Aku tidak main golf atau squash, tidak larat untuk memanjat pejabat yany tinggi dan tidak boleh keluar malam untuk berhibur, tidak mampu untuk memancing dihujung minggu. Kesemua ini adalah rintangan yang paling besar bagi pengurus OKU.Aku masih berupaya membuktikan walau pun dengan serba kekurangan aku hampir berjaya mancapai 'Sales Target' untuk setiap tahun. Terima kasih kepada aku punya ' Lady Boss' yang memberi kepercayaan serta kakitangan yang lain yang banyak membantu pengurus OKU. Tidak lupa juga pada kawan-kawan dan pelanggan yang memberi kepercayaan kepada OKU.

OKU MENJADI PENOLONG PENGURUS

Setelah 5 tahun bekerja aku telah dinaikkan pangkat kepada Executive dan dipindahkan ke Kluang Johor. Tanggungjawab yang dipikul bertambah berat. Pada tahun 1997 aku telah ditawarkan sebagai Penolong Pengurus Cawangan  di Malaysia Timor. Berat juga untuk menerima tawaran tersebut. Walau bagaimana aku percaya OKU pun boleh melakukannya.Aku terima tawaran tersebut walaupun ditentang oleh ramai kawan-kawan dan keluarga.Pada  30/8/1997 aku bertolak ke tempat baru melalui Lapangan Terbang Subang.Ramai juga kelurga ku yang menghantar di lapangan terbang . Betapa gembiranya, maklumlah kali pertama menaiki kapalterbang, walau pun dalam hati begitu gementar kerana berjauhan dengan keluarga dan akan berada ditempat yang tidak pernah dikunjungi. Aku selamat sampai ke pulau tersebut seperti yang dijadual. Keadaan lapangan terbangnya amat mengejutkan.. Esoknya pada 31 Ogos , perbarisan Hari Kemerdekaan diadakan dihadapan bilik aku menginap.Betapa gembiranya  anak-anak aku kerana  pertama kali  dapat melihat sambutan kemerdekaan betul-betul dihadapan mata. Tetapi agak memeranjatkan kerana hampir semua kedai ditutup separuh hari kerana cuti umum. Pada malam tu hanya makan di KFC.

Esok hari nya aku ke bank untuk urusan pendaftaran Mulai dari hari tu aku  telah menjadi Penolong Pengurus Cawangan, mungkin OKU pertama dalam perbankan. .Terima kasih kepada pihak pengurusan yang memberi kepercayaan kepada OKU untuk memegang jawatan tersebut.

OKU MENDIRIKAN RUMAH TANGGA

Setelah beberapa lama berkawan, akhirnya kami bersetuju untuk berkahwin. Walaupun ada beberapa masalah, maklumlah aku OKU tetapi berjaya  diatasi. Tarikh nya ditetapkan pada 1 April 1989. Ramai kawan-kawan tidak percaya kerana hari tu adalah ' April Fool ' . Bagaimana pun semua berjalan lancar seperti yang dirancang. Ramai juga kawan-kawan semasa belajar di sekolah dan ITM yang hadir  termasuk kawan dari Kuala Pilah kecuali dari .................................. yang tidak hadir lansung. Aku tak kisah dan sedar aku OKU, masalah tersebut memang telah diduga. Pada Ogos 1990 aku telah mendapat cahayamata lelaki yang pertama. Hingga sekarang aku telah memiliki 3 cahayamata lelaki dan 1 perempuan. Yang bungsu adalah perempuan dan akan memasuki alam persekolahan tidak lama lagi.Sekarang hidup kami bahagia dan hubungan keluarga telah kembali seperti biasa.Buang yang keruh ambil yang jernih.

OKU MEMILIKI KERETA SENDIRI

Setelah setahun bekerja, terasa juga hendak membeli kereta seperti orang lain. Selepas menjalankan pemeriksaan di Hospital Seremban, permohonan untuk ujian ' L ' diluluskan oleh pihak JPJ.  Tiada masalah untuk aku lulus ujian ' L '. Walau bagaimana pun aku tidak dapat belajar memandu kerana tiada sekolah memandu yang menggunakan kereta automatik. Tetapi atas kebenaran JPJ, aku dibenarkan menggunakan kereta automatik untuk belajar dan ujian memandu. Terpaksalah membeli kereta sendiri dulu untuk belajar.
Memang susah hendak mencari kereta automatik masa tu. Akhirnya aku terjumpa sebuah Honda Civic automatik, walau pun mahal sikit terpaksa juga dibeli. Dengan Honda Civic tu aku belajar memandu dan lulus ujian  memandu . Mulai hari itu aku boleh memandu sendiri dan bergerak lebih senang. Kawan -kawan          di kampung bertambah cemburu melihat OKU memiliki kereta sendiri, sedangkan mereka masih  menaiki motor dan basikal lagi.Terima kasih kepada kawan kawan dan Pengarah JPJ yang banyak menolong.

OKU MINTA BANTUAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT

Semasa belajar di ITM, aku pernah beberapa kali ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka untuk meminta bantuan pelajaran memandangkan keluargu aku kurang berkemampuan. Setiap kali aku pergi untuk bantuan pelajaran dan bantuan untuk membeli motosikal katanya tiada cukup peruntukan. Tetapi aku terkejut apabila kawan aku yang sebilik belajar di ITM mendapat bantuan membeli motorsikal.Aku hairan walaupun bertanya dipejabat JKM, tiada jawapan yang diberi. Setelah tamat belajar,  dari sumber orang dalam  aku mendapat tahu mengapa permohonan aku tidak dilayan.Sebenarnya mereka marah kepada keluarga aku  kerana mengambil aku keluar dari Pusat Jagaan Orang Cacat. Nama ku telah disenarai hitamkan , rupa-rupa nya setelah lebih 10 tahun perkara itu masih tidak dilupakan.Mungkin kalau tinggal disana  sampai sekarang aku masih menganyam bakul rotan, Terima kasih kepada keluarga ku yang berfikiran panjang semasa tu.

Monday, September 13, 2010

OKU MENDAPAT PEKERJAAN DI BANK.

Setelah tamat pelajaran, aku telah menyambung pelajaran diperingkat diploma lanjutan di ITM juga.. Disamping itu tanpa pengetahuan keluarga aku juga memohon pekerjaan di salah sebuah bank. Aku menghadiri temuduga dan ditawarkan pekerjaan sebagai Sub Executive Officer. Tanpa berfikir panjang  aku menerima tawaran tu walaupun dibantah oleh keluarga. Aku dihantar untuk latihan ke Melaka selama 4 bulan dan 2 bulan di Kuala Lumpur.Betapa bangga nya aku bukan senang OKU untuk mendapat pekerjaan dibank.Setelah tamat 6 bulan aku dihantar ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan untuk mula bertugas. Ramai orang tertanya bagaimana  OKU boleh bekerja dibank. Mungkin kerana rezeki atau kasihan ataupun memang layak, aku pun tak tahu. Penting bagi aku walaupun OKU aku diterima bekerja.Bagiku walau pun aku OKU ianya tidak sedikit pun menghalang tugas harian. Kawan-kawan dikampong mula cemburu dengan  aku.

OKU DI INSTITUT TEKNOLOGI MARA SHAH ALAM

Pada hari pendaftaran, bapa ku menyewa teksi untuk menghantar aku ke  Shah Alam. Pagi-pagi lagi sudah bertolak dari Melaka. Bila sampai di ITM, memang memeranjat apabila dataran dipenuhi orang. Tiada kaunter khas untuk OKU. Terpaksa lah beratur, bertukar giliran dengan bapaku. Setelah mendaftar aku ditempatkan keasrama diluar kawasan ITM, terpaksa juga aku ke sana-sini merayu untuk ditempatkan kedalam kawasan ITM. Akhirnya rayuan aku diterima, aku ditempatkan di Asrama Seroja. Bersama sama aku ada beberapa pelajar OKU juga yang ditempatkan sebilik. Asrama Seroja adalah asrama yang paling dekat sekali dengan Bangunan Menara, tetapi untuk kesana terpaksa mendaki bukit. Terpaksa juga aku mendaki bukit setiap hari, kalau hujan duduk saja di asrama atau dikelas tunggu sampai berhenti.Kelas pula ditingkat 9 hingga 11. Kalau lif rosak, terpaksa lah gunakan lif kakitangan. Itu pun kadang-kadang dihalau oleh pengawal keselamatan yang tidak berperikemanusian itu. Nak tak nak terpaksalah  menapak keatas.Kalau ada kelas pagi hingga petang selalunya aku tidak balik ke asrama untuk makan tengahari, tak larat nak menapak. Ibubapa aku terpaksa lah menyediakan duit tambahan untuk makan.tengahari.Keluarga tak mampu jadi kenalah berjimat, roti canai sudah cukup. Begitu lah nasib OKU.
Pada tahun pertama aku terpaksa bersendirian kerana kawan-kawan lain tinggal diasrama luar kawasan ITM. Semasa tahun kedua aku ditempatkan di Asrama Perindu, pada masa itu ada kawan kawan yang tinggal bersama, jadi boleh menumpang mereka ke kelas. Di  tahun akhir aku ditempatkan di Asrama Delima. Terima kasih kepada kawan-kawan yang banyak membantu, terutama menumpang aku ke kelas.

Akhirnya aku berjaya mendapat Diploma Perakaunan setelah 3 tahun bersusah payah mendaki bukit dan meredah hujan dan panas. Terima kasih kepada ITM yang telah memberi aku ketabahan . OKU mendapat diploma, betapa bangga nya aku. Orang kampung mula hormat pada aku.

OKU BERJAYA KE MENARA GADING

Setelah kecoh sekampong OKU mendapat pangkat 1 dalam SPM, sekarang kecoh pulak OKU ditawarkan ke luar negara. Macam-macan cerita dan nasihat aku dengar, akhirnya ibubapa ku tidak membenarkan aku melanjutkan pelajaran ke luar negara. Apakan daya ku, nasihat ibubapa dituruti. Betul juga nasihatnya siapakah yang akan menjaga OKU seperti aku di sana. Katanya dalam negara pun boleh belajar, ramai telah buktikan.Aku memilih Perakaunan kerana akauntan adalah cita-cita ku. Akhirnya aka mendapat tawaran Diploma Perakaunan di Institut Teknologi Mara, Shah Alam

OKU BERJAYA DI TINGKATAN 5

Semasa tingkatan 4, aku kejurusan Sains. Teruk juga belajar akhirnya aku dimasukkan ke tingkatan 5
Sains 2. Bangga juga bukan saja kerana OKU tetapi hanya beberapa orang melayu saja yang dapat masuk kelas tu.Menurut guru darjah aku, sesiapa yang berjaya masuk ke 5 Sains 2 keputusan SPM biasa nya memang baik. Tapi kalau tak belajar belum tentu berjaya. Pada akhir tahun 1981 aku telah menduduki peperiksan SPM.Semasa menunggu keputusan semua kawan-kawan aku bekerja di kilang berdekatan rumah. Aku jadi penganggur terhormat  Bukan tak mahu bekerja tapi setiap kali aku temuduga ditolak kerana aku OKU. Macam macam sebab diberikan, akhirnya aku  menjadi penghuni kedai  kopi di kampong.
Setiap hari dari pagi  hingga petang aku kesana tengok orang main Dam Haji. Nak main tak boleh maklumlah
budak budak lagi dah tu OKU pula. Aku hanya jadi penonton. Sebelah malam baru jumpa kawan-kawan di tepi pantai, itu pun masing-masing sombong maklumlah poket berisi. Bila nak makan aku ditinggalkan. nak join duit tak ada. Itu lah nasib OKU.. Setelah lama jadi penganggur masa yang ditunggu pun tiba, iaitu keputusan peperiksaan SPM.Gementar juga malam tu, nak tidur pun susah. Pagi-pagi lagi dah ke sekolah, maklumlah kena naik bas. Seorang demi  seorang dipanggil, ada  yang menjerit, ada  yang termenung ada yang menangis dan bermacam-macam gaya lagi .Tak guna nasi sudah menjadi bubur. Bila tiba giliran aku pula salah seorang guru yang  memberi keputusan peperiksaan tengok semacam aje, macam tak percaya, aku mendapat pangkat 1. Rupa-rupanya ramai juga daripada kawan-kawan yang mendapat pangkat 2 Betapa gembira nya aku, Allah saja yang tahu.  Ramai guru tak percaya OKU boleh mendapat pangkat 1.  Dirumah ibubapa dan datuk sedang menunggu, nak telofon tak dapat, tak ada pada masa tu.Apabila sampai dirumah semua macam tak percaya. Dikampung lagi kecoh, maklumlah OKU dapat pangkat 1. Bertambah malu lagi orang kampung kepada kedua ibubapa aku. Manakan tidak, hampir semuanya gagal, apa lagi terus bekerja di kilang. Aku menjadi popular seketika


OKU TINGGAL DI ASRAMA

Setelah mendaftar di Tingkatan 1, permohonan aku untuk tinggal diasrama diluluskan. Terima kasih kepada Cikgu Rejab yang membantu aku. Mulai dari hari itu aku kena berdikari sendiri. Sebelum ini semuanya dilakukan oleh ibubapa dan adik beradik, lama kelamaan atas bantuan kawan-kawan aku berjaya menyesuaikan diri untuk tinggal bersama mereka. Tiada kemudahan OKU di asrama tetapi aku ditempatkan ditingkat bawah, berhadapan dengan dewan makan dan bersebelahan dengan kemudahan lain.Aku kena beratur seperti yang lain untuk mengambil makanan dan dalam hal-hal lain, tiada apa keistimewaan bagi OKU. Syukur aku berjaya melalui semuanya itu.
Setelah keputusan SRP, tingkatan 3 diumumkan aku telah mendapat keputusan yang agak baik. Sekali lagi orang kampung yang tertawakan ibubapa aku bertambah malu, Apakah tidak, ramai dari mereka yang gagal dan tidak dapat meneruskan pelajaran ke tingkatan 4. Aku ditawarkan ke Tingkatan 4 Sains di STM. Ramai kawan-kawan dikampung yang ke tingkatan 4 sastera saja dan ada juga yang terus bekerja kilang .

PENGALAMAN OKU MULA BERSEKOLAH

Oleh kerana sekolah dikampung tiada kemudahan pengangkutan, aku dihantar ke sekolah dibandar. Pergi balik aku menaiki van, kalau sekolah dikampong aku kena jalan kaki atau bapa terpaksa hantar dengan basikal. Oleh kerana bapa aku sibuk dengan pekerjaan terpaksalah bersekolah di bandar. Orang kampong
ketawakan keluarga ku kerana katanya mengapa habis duit untuk OKU, lebih baik duduk dirumah.. Ada pihak mencadangkan supaya aku dihantar ke Pusat Pemulihan Orang Cacat yang terletak tidak jauh dari rumahku, katanya lebih dekat dari menghantar sekolah kebandar, lagipun semuanya percuma. Tapi keluarga ku tetap menghantar aku bersekolah dibandar.Akhirnya aku di hantar ke Sekolah Tengkera II.

Pertama kali sekolah (masa tu belum ada tadika) aku tidak merasa takut pun, walau pun pada hari itu ramai kawan-kawan yang  menangis. Pada hari pertama bapa ku menunggu aku sampai habis waktu sekolah, aku ditunjukkan dimana kemudahan yang ada tapi seingat aku tiada lansung pun kemudahan untuk  OKU.
Apa yang membangga kan aku semasa darjah 5, aku telah mendapat tempat ke 2 dalam kejohanan catur di sekolah Duduk atas pentas semasa pertandingan dan disaksikan oleh semua pelajar sekolah. Semasa disekolah aku dikecualikan dari perhimpunan harian dan dibenarkan duduk dalam kelas semasa perhimpunan pagi dan tengahhari. Semasa membeli dikantin aku juga tidak perlu beratur untuk membeli makanan
Dalam peperiksaan  Penilaian Darjat 5, aku mendapat keputusan yang agak baik. Pada masa itu orang yang mengetawakan kelurgaku mula terasa. Apa tidaknya anak-anak mereka ramai yang teruk keputusan  peperiksaan nya. Akhirnys aku ditawarkan ke STM, salah sebuah sekolah yang kira terkenal di Melaka masa tu.